Sabelumnya saya hadhir di Dewan Lip Seang Kor, Sungai Petani untuk program bersama lebih 500 orang masyarakat Cina. Dalam ucapan saya ulangi mutiara kata filsuf Cina, “Si hai zhi nei, Jie xiong di” yang bererti “Empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara”.
Juga saya tekankan kepentingan untuk rakyat agar bersatu tanpa mengira batas kaum dalam menjayakan gagasan perubahan. Pada masa sama, UMNO pula terus konsisten mencanai agenda perkauman sempit.
Sejurus salepas itu, saya ka pusat jentera Taman Lembah Permai dan disambut meriah oleh penduduk setempat. Hadhir sama calun Pakatan Rakyat untuk kerusi Dun Bukit Selambau, saudara Manikumar.
Saya tegaskan bahawa gagasan kita untuk membentuk sebuah kerajaan yang adil buat semua dan bukannya menyalahgunakan kuasa lalu angkuh menindas kaum lain.
Apa yang penting adalah iltizam untuk menegakkan negara hukum juga memulihkan ekonomi. Inilah politik baru yang kita perjuangkan, bukannya politik menghunus keris manakala kepimpinan parti tidak sunyi dari skandal rasuah dan jenayah. - ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment