Sebelum sembahyang maghrib sebentar tadi saya sempat untuk mengambil gambar suasana di hadapan tapak ceramah yang dihalang oleh pihak keselamatan. Kelihatan hampir 30 kenderaan yang mengangkut pasukan keselamatan bagi mengawal ceramah yang tak jadi itu.
Apa sudah jadi ceramah dipindah tempat lain namun polis tetap tunjuk kekuatan untuk menghalang ceramah itu. Macamlah nyamuk menyerang kelambu namun di dalamnya tiada pun orang tidur....
Berita Sebelum:
Ratusan polis dan FRU berkawal di tapak ceramah yang dihalang.
7.20 MALAM, Dianggarkan lebih dua ratus orang polis dan FRU mengadakan kawalan yang ketat di sekitar tapak ceramah di Simpang, Jalan Kuala Kangsar, yang telah dilarang oleh Polis dengan kenyataan pihak berkenaan permit tidak dibenarkan.
Kelihatan deretan kira-kira 30 kenderaan yang tertulis PDRM berwarna merah , hitam dan kereta biasa yang mengangkut mereka yang bertugas diletakkan disepanjang jalan berhampiran tapak ceramah itu.
Ceramah pindah ke Markaz Bukit Cempedak.
Ceramah Umum yang melibatkan Ketua Pembangkang, DS. Anwar Ibrahim dan YAB. Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang tidak mendapat kebenaran polis dengan alasan yang tidak munasabah di pindahkan ke Markaz PAS Bukit Cempedak.
Semasa melawat tapak ceramah yang tidak dibenarkan itu pada sekitar jam 5.00 petang tadi, didapati beberapa orang peniaga yang sedang mengangkat kembali barang dagangan dan membuka khemah masing-masing dipercayai untuk berpindah ke tempat ceramah yang baru.
No comments:
Post a Comment