20 March 2009

Apa Hasil Pertemuan Pemimpin GMP dengan Dato’ Hishamuddin

Abdullah Hassan : Hasil pertemuan dengan pegawai tinggi KPM

Pertemuan dengan KSU, KP dan Setiausaha Sulit Kanan di Kementerian Pelajaran
Pertemuan dengan KSU, KP dan Setiausaha Sulit Kanan di Kementerian Pelajaran

Ainon Mohd : Pada hari Khamis 19 Mac, Dato' Hishamuddin memanggil Dato' Dr. Hassan Ahmad (Pengerusi GMP) dan SN Dato' A. Samad Said (Penasihat GMP) supaya datang dan bertemu dengan beliau di Putrajaya.

Apakah hasil pertemuan itu?

Inilah teks SMS yang kita terima dari Dato' Hassan Ahmad:

"Dia (Hishamuddin) tak jelas, pusing-pusing, cuba pujuk dan merayu jangan berhimpun dan lain-lain. Avoiding the issue (lari dari isu), jadi kami (Dato' Hassan dan Dato' A Samad Said) tetap terus (teruskan GMP). Dia nampak takut, tapi dia sambut cukup mesra, macam dignities (orang kenamaan). Isu tak selesai!"

Ini pula teks SMS yang kita terima dari SN Dato' A Samad Said:

"Saya jelaskan sikap saya yang akan terus berceramah tentang GMPdi mana-mana pentas."

Nota: Teks dalam kurungan adalah tulisan saya (Ainon). (link)


No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese