Memang diketahui umum ramai pemimpin Umno tidak bijak. Tidak bijak membuat dasar, tidak bijak mengurus ekonomi dan tidak bijak mentadbir negara.
Lihat sahaja dasar PPSMI yang masih dipertahankan oleh Menteri Pelajaran Hishammudin Onn walaupun beratus-ratus bijak pandai Melayu dalam bidang bahasa dan pendidikan telah mengemukakan pelbagai fakta dan hujah supaya dasar yang merugikan pelajar Melayu dan negara dinyahkan sama sekali daripada sistem pendidikan.
Menteri tersebut tidak pandai berhujah walaupun mempunyai Ijazah Sarjana Undang-Undang daripada universiti luar negara. Yang beliau mampu berhujah hanyalah menuduh tokoh-tokoh bahasa yang menyerahkan memorandum ke bawah DYMM SPYD Agong sebagai alat kepada pembangkang.
Terbaru seorang lagi pemimpin Umno yang bercita-cita hendak jadi menteri, Dr.Mohd.Puad Zarkashi telah memalukan golongan cerdik pandai yang memegang ijazah Doktor Falsafah kerana telah menunjukkan kebodohan beliau di Parlimen apabila gagal mencongak kiraan yang mudah kerana bercakap mengikut nafsu atau hati yang amat busuk.
Menurut petikan Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 19 Mac 2009 Dr Mohd Puad kononnya hendak menghentam gaji tinggi bulanan yang dinikmati Menteri Besar selangor tetapi tersalah kiraan jumlah tahunan iaitu sebanyak RM360,000.
"Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih, Tuan Yang DiPertua. Pertanyaan tambahan saya ialah sememangnya nasib pekerja di sektor swasta ini selepas berpencen mereka memang semakin terpinggir berhadapan dengan tekanan ekonomi, kos perubatan yang tinggi terutamanya golongan middle class ini. Lainlah kalau macam Menteri Besar Selangor, jumlah pendapatannya RM 30,000.00 sebulan. Setahun 5.1 juta sama macam Pengerusi Puncak Niaga yang mereka bising sebelum ni."
RM360,000 dan RM5.1 juta besar bezanya YB! TVAntara
No comments:
Post a Comment