" Saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang masih menyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat" kata Ir. nizar.
Beliau juga menjelaskan kepada wartawan sampai sekarang tidak ada surat mengenai jawatan beliau, dan bertegas jawatannya masih sah dan akan teruskan tugas seperti biasa.
Ir. Nizar juga melahirkan kekesalan tidak sepatutnya dihalang kerana kami masih lagi ADUN.
Ditanya mengenai calon Parlimen Bukit Gantang, beliau mengatakan masih terlalu awal dan serahkan kepada pihak negeri dan pusat untuk memutuskan.
Menjawab persoalan perlantikan cuma 6 exco, beliau mengatakan ini menunjukkan Exco tidak sah, bahkan kami adalah Exco penuh yang sah. Kerana Kerajaannya tempang maka kerajaannya tempang.
Persoalan mengenai Perayaan Jubli Perak dijelaskan oleh Ir. Nizar, "mengenai Jubli Perak kami dah janji lebih awal kalau ada pembubaran DUN ianya akan berjalan seperti biasa kerana ada "care taken goverment", dengan apa yang berlaku ini kita pun tidak tahu.."
Menteri Besar juga memberikan penegasan dan yakin PR akan menang dengan majoriti yang besar .
Suasana di SUK
Pada hari ini adalah hari bertemu pelanggan dan saya datang untuk memenuhi temu janji dan telah dihalang. kami akan akur dengan arahan dan akan pulang. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin.
"Bersama saya pada pagi ini ialah para Exco dan ADUN, kami utamakan keamanan dan ketemteraman dan kami akan balik " Kata Ir. Nizar.
Kehadiran YAB Menteri Besar Perak disambut hangat oleh ratusan penyokong di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat menteri Besar.
Disamping itu kelihatan kebanyakan cermin pejabat di bangunan tersebut dan para pegawai menyaksi dan melambaikan tangan kepada YAB Menteri Besar. Ir. Nizar juga melambai-lambaikan tangan kepada mereka.
Kawalan ketat oleh pasukan keselamatan termasuk FRU tidak melemah semangat YAB Menteri Besar dan rombongan. Walaupun ada beberapa kali cuba dileraikan tetapi kumpulan manusia yang berkumpul tidak berganjak dari kawasan pintu masuk.
11.45 pagi. Info Kuala Kangsar.
“Depan taman naik ke Bukit Chandan, Trak FRU 6, landrover 2. Teman sampai sekolah Mazuin kena tahan polis. Deme mintak tolong beli ayor. Polis Teluk Intan. tak sempat minum pagi dah kena datang ke Kuale. “Keme tengah kebulo” kata deme.
Sapa kata orang Pakatan Rakyat anti polis? Tolong beli ayor lagi kat deme. Kesian polis.
11.35 pagi.
Sekarang sidang media dirumah Menteri Besar.
11.25. Nizar sampai di Kediaman Menteri Besar. Senyum walaupun tak boleh masuk kedalam SUK.
11.20 pagi. Konvoi MB dan EXCO bertolak balik ke Kediaman MB.
11.17 pagi.
MB Nizar tidak dibenarkan masuk dan ketika ini sedang memberikan sidang media didepan pintu SUK.
10.55 pagi
MB Nizar dan EXCO bergerak ke SUK. Semua EXCO masih menggunakan kereta Camry.
10.10pagi. Jamal dan Osman tak hadir dimahkamah.
Hakim memerintahkan waran tangkap dikeluarkan.. ha..ha.
Dulu Jamal dan Osman pergi Court diiringi dua orang polis. Lepas ni, depa akan diiringi dua trak FRU.
9.55 pagi. Didepan Mahkamah Tinggi, Ipoh. Sekumpulan 30-40 geng Umno sedang berdemo, dibawah jagaan polis, sementara menanti ketibaan Jamal dan Osman dimahkamah. Orang lain masuk SUK, depa masuk mahkamah.
Dari Kuala Kangsar.
Sepanjang jalan dipenuhi polis. Hampir disetiap tiang lampu ada polis. trak FRU ada 15 biji untuk mengawal keselamatan 15 bas penyokong Najib yang nak berdemo di Kuala Kangsar.
8.50 pagi. Dari Bangunan SUK Ipoh.
Bangunan SUK Ipoh sekarang dikepung oleh FRU. Jalan Panglima Gantang Wahab ditutup kepada lalulintas dan orang awam dilarang daripada menghampiri bangunan SUK.
Terdapat 3 trak FRU beserta satu water-canon sedang bersiap sedia, Mungkin untuk menghalang Menteri Besar Yang Sah daripada memasuki pejabat dan untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Kerajaan haram memasuki pejabat.
No comments:
Post a Comment