13 February 2009

Sokongan kepada Dato' Seri Nizar di Mahkamah Tinggi KL, 11.30 pagi ini - Malaysiakini

Pakatan Rakyat akan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengisytiharkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak sebagai tidak sah, esok (hari ini).

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau kemungkinan besar akan memfailkan kes memohon pengisytiharan itu pada pukul 11.30 pagi esok.

"Kemungkinan besar saya akan failkan. Jika tidak, panel peguam kita yang akan memfailkannya.

"Kita akan memfailkan kes bagi memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah," katanya.

Beliau berkata, Pakatan akan melaksanakan mengikut prosedur dan panel peguam mereka yang terdiri daripada 12 orang sedang melaksanakan tugasan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan mengenai kes itu.

Berhubung kemungkinan penyokong-penyokong Pakatan akan berkumpul di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok berikutan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar meminta mereka datang untuk memberi sokongan esok, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu mengenai SMS tersebut.

"Saya minta penyokong menganggap ini sebagai saluran biasa kita, saya minta penyokong (yang dijangka akan berkumpul di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) jangan bertindak di luar batasan esok dan tolong menjaga ketenteraman dan keamanan," katanya.

Ketika ditanya sebab kes itu akan difailkan di Kuala Lumpur bukan di sini, beliau berkata panel penasihat memutuskan ia difailkan di Kuala Lumpur selepas menimbang beberapa faktor. - mStar

Video berkaitan :


No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese