17 February 2009

Sah: Elizabeth Wong letak jawatan ADUN, EXCO - Malaysiakini

Elizabeth Wong announcing her resignation as both Selangor executive councillor and Bukit Lanjan assemblywoman at a press conference today. – Picture by Choo Choy May >themalaysianinsider

Elizabeth Wong menawarkan diri meletak jawatan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ekoran penyebaran foto bogel yang diambil tanpa kebenarannya. Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR di Tropicana.

Elizabeth memberitahu sidang akhbar berkenaaan bahawa beliau menawar diri untuk meletak kedua-dua jawatan demi kepentingan parti. Beliau mengambil keputusan itu meskipun mendapat sokongan daripada pengundi dan pihak parti.

Semalam, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Bekas aktivis hak asasi manusia itu menjadi Adun PKR Bukit Lanjan dan EXCO Pelancongan, Hal ehwal pengguna dan Alam Sekitar sejak 11 bulan lalu.

Foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya dan disebarkan kepada akhbar untuk mencemar peribadinya

"setiap orang mempunyai hak kesalahan dan saya mempunyai hak privasi".

Perletakan jawatan Elizabeth, jika diperakukan, bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memanggil sebuah lagi pilihanraya kecil untuk Bukit Lanjan, selain pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diadakan serentak 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan dengan majoriti 5,155 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengaturkan urusan penyerahan tugas-tugas saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan". - TVAntara

Malaysiakini :Foto bogel: Elizabeth tawar letak jawatan exco, Adun
mStar : Elizabeth letak jawatan ADUN, Exco

4 comments:

Anonymous said...

memang patut pun letak jawatan. rakyat tidak perlu kan pemimpin seperti dia. ini pengajaran pada rakyat selangor, jangan pilih lagi mana-mana wakil rakyat dari pakatan rakyat sebab di orang ni semua sama aje tak boleh pakai langsung. dah lah bapak pakatan rakyat iaitu anwar ibrahim terlibat dengan liwat dan anak-anak buah dan bijik dia pulak terlibat dengan sedekah seks lah, gambar bogel pelbagai posisi lah dan macam-macam lagi. nak buat macam mana dah bapak dia mat juboh, anak-anak lagi lah. yang bodoh nya adalah pas kerana jadi pak turut dan pak sanggup.

Anonymous said...

kepada anonymous 1....

kau tu memang pembohong..orang umno saja yang tak perlukan dia tetapi orang pakatan rakyat masih memerlukan dia. YB eli tu mana ada buat kesalahan..dia bukannya mencuri,membunuh atau bukan merampas kuasa secara haram.

walau bagaimanapun pakatan rakyat menghormati keputusan YB eli.

cuba kau nasihatkan najis kau tu letak jawatan..heboh dah satu malaysia malah di dunia tahu yang hantu raya tu terlibat dengan pompoan mongolia.

jangan2 kau dan toyol saja yang kata yb eli tu salah.dan kalau ada tambahan pun bapak kau si najis.

Anonymous said...

Anon 2
Saya bersetuju YB (Yang Berbogel) Elizabeth Wong meletak jawatan. Bukan gambar tu aja beb, gambar yang lagi baguih pun ada.

Anonymous said...

anonymous kau ni balik tidur lah tak erti jangan cakap lah nanti orang umno kata u ni bisu pekak

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese