21 February 2009

Rasuah MB Terengganu... - Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita/mercutandakemaman1.jpg

RM40 juta Untuk “Zoo Takal” dan RM60 juta untuk “Double Frontage”

Tidak salah untuk buruk sangka kepada kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Malah lebih baik meletakkan buruk sangka daripada meletakkan baik sangka keatas apa-apa jua projek yang dibangunkan oleh kerajaan UMNO dan BN Terengganu.

Mengapa dikatakan begitu ?

http://buletinonline.net/images/berita/mercutandakemaman4.jpgKerana sejak tahun 2004 sehingga kini, telah terbukti projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu tidak membawa banyak manfaat kepada rakyat.

Namun sebaliknya, memberikan laba dan pulangan yang berlipat ganda kepada kroni dan kaum kerabat pemimpin UMNO.

Semua bukti akan dijumpai, sekira penyiasatan benar-benar telus dibuat, namun cuma pendakwaan memang tidak akan dibuat.

Kerana apabila disiasat secara mendalam dan terperinci, pasti akhirnya melalui tingkat 4 Putrajaya dan sampai ke bilik Perdana Menteri.

Bermula tahun 2005, kroni dan kaum kerabat dua bersaudara Wan Farid dan Wan Hisham bergelumang dengan projek-projek sekitar Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.

Tahun itu bermula kejohanan perahu layar piala monsun yang sengaja direka oleh Patrick Lim dengan mendapat bantuan seorang rakyat Australia yang bernama David Gilmour.

Untuk dijadikan alasan membelanjakan ratusan juta ringgit di muara sungai Terengganu, atas nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan aka wang royalti milik semua rakyat Terengganu.

http://buletinonline.net/images/berita/mercutandakemaman5.jpgKemudian diikuti dengan pembangunan Pulau Wan Man, sebuah lagi rekaan Patrick Badawi, gelaran yang diberikan Mantan Perdana Menteri.

Tatkala itu jugalah, tanpa semua rakyat sedari, Menteri Besar sekarang bergelumang pula dengan projek-projek di selatan Terengganu, dalam daerah Kemaman.

Satu pertanyaan tentang projek-projek yang disangka buruk oleh rakyat telah diajukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – ketika itu) telah, seperti salinan surat yang disiarkan dibawah;

Suhaimi Bin Ahmad
461-A, Jalan Petani
Chukai
21200 Kemaman
TERENGGANU

Kepada;

YBhg Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan
Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia
Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 PUTRAJAYA

YBhg Datuk Seri,

MOHON MAKLUMAN STATUS SIASATAN KES RASUAH
DATO’ AHMAD BIN SAID, MENTERI BESAR TERENGGANU

Merujuk kepada perkara di atas, saya mohon YBhg Datuk Seri agar memaklumkan kepada umum status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang dilakukan oleh YAB Dato’ Ahmad Bin Said, yang kini Menteri Besar Negeri Terengganu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ADUN Kijal.

Sepertimana yang diketahui umum, Dato’ Ahmad Said telah disiasat oleh BPR kerana terbabit dengan rasuah dalam kes-kes berikut:

1) Projek Roller Coaster di Kemaman pada 1995
2) Projek Pembinaan Dewan Besar Seri Amar Chukai, Kemaman pada 2007
3) Projek Mercu Tanda Daerah Kemaman di Bandar Chukai pada 2006
4) Projek Tambun Tanah di Kijal pada 2008 (3 kes)
5) Pemberian lesen arak dan judi kepada peniaga di Bandar Chukai


Makluman kepada umum adalah penting agar rakyat mengetahui dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku dan bagi mengelakkan BPR dianggap sengaja menutup kes-kes yang melibatkan VIP atau ahli politik parti kerajaan.

http://buletinonline.net/images/berita/mercutandakemaman6.jpgSekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan pihak YBhg Datuk Seri jua.

Terima kasih.

Yang benar,
SUHAIMI B AHMAD

S.k:
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Parlimen Malaysia

Datuk Hishamuddin Aun
Ketua Pengarang Kumpulan NSTP
Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA

Ketua Pengarang
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur

Ketua Pegawai Eksekutif
SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (TV3)
SRI PENTAS, BANDAR UTAMA
47800 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

Mohd Sayuti Omar
Ketua Pengarang Siasah
No 1 Aras 1 Bangunan Pharmacare,
Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang,
53100 KUALA LUMPUR

Syak wasangka rakyat berlaku penyelewengan keatas projek-projek tersebut ada asasnya.

Sangka buruk rakyat adalah jeritan yang perlu didengari oleh pemerintah dan wajib disiasat dengan seadil-adilnya.

Namun dimana mahu mencari keadilan tentang perkara rasuah dalam kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ?

Rasuah sudah menjadi darah daging yang membusuk dalam batang tubuh UMNO dan Barisan Nasional.

Umum telah mengetahui dalam pemilihan UMNO, agenda memilih pimpinan yang amat penting kepada negara, skandal rasuah telah ‘terbogel’ dan ‘terlondeh segalanya.

Memang suara rakyat adalah suara keramat, kerana rakyat yang tertindas dan dizalimi berdoa lima kali sehari semalam, memohon petunjuk dari Allah SWT.

Kini telah jelas, apa yang berlaku kepada Cas Ligas dan Bazaar Warisan, yang dilaksanakan dan dibangunkan dengan wang rakyat.

Pembaziran dilakukan, jelas dibuktikan, namun pimpinan UMNO terus mempertahankan ‘onar’ yang dilakukan.

Salah satu projek yang dipersoalkan rakyat Kemaman adalah projek mercu tanda Kemaman yang bernilai RM 3.99 juta.

Habis duit dibelanjakan untuk membuat binaan-binaan dari pasir, simen dan besi-besi, serta plastik dan alatan elektronik.

http://buletinonline.net/images/berita/mercutandakemaman3.jpgSetiap orang daripada kita boleh melihatnya sendiri.

Hentikan kenderaan anda ketika melalui jalan persimpangan pusat perniagaan Chukai Utama di bandar Chukai.

Dihadapan Balai Bomba Kemaman, lihatlah dengan mata kepala, betapa sangka buruk rakyat perlu ada atas setiap projek jutaan ringgit yang dilaksanakan kerajaan UMNO-BN Terengganu !

Rujuk Berita ; Rasuah ADUN Kijal

- Buletinonline (link)

1 comment:

saji said...

Dari sudut muamalat Islam, BPR setakat ini hanya mampu siasat dan dakwa kes rasuah melibatkan kontrak jual beli mutlak atau melibatkan transaksi diantara dua pihak seperti jual beli lembu untuk tujuan korban, serbis kereta dan sebagainya.

BPR tidak mampu siasat dan dakwa kes rasuah melibatkan transaksi brangan yang dilakukan dalam keadaan tidak wujud ketika akad seperti rumah dan jalan atau transaksi barangan melibatkan banyak pihak seperti dalam kes membeli rumah daripada pemaju melibatkan pemaju, bank, peguam, juruperunding, kontraktor utama, sub-kontraktor dan pihak berkuasa tempatan atau melibatkan pelbagai kontrak selari atau parallel contract seperti kontrak pembinaan tempahan/ price-in-advance contract atau upahan/ cost reimbursement contract diantara pemaju dengan kontrak utama, kontrak upahan diantara pemaju dengan juruperunding, kontrak tempahan atau upahan diantara kontraktor utama dengan sub-kontraktor.

Ketadakmampuan inilah yang telah diexploitasi oleh ahli politik kapitalis UMNO dan ahli perniagaan kapitalis yang besubahat dengannya.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese