21 February 2009
Rasuah Khir Toyo didedah - Malaysiakini
TVAntara : MB Selangor Dedah Penyelewengan Khir Toyo
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”.
Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.
Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.
Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.
Menteri Besar Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak “menutup mulut” Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya “menjaga mulutnya”.
Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai “pengacau” kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Fullamak..kesabaran ada hadnya. Khalid melakukan penyelewengan sekadar ingatnya dia tidak akan diganggu oleh Khir - dan apabila dia tergangganu, Khalid membuat serangan balas dengan pendedahan, itupun bukan untuk menutup mulut, sekadar menjaga mulut.
Ayuh..rakyat mahu tahu, jangan dedah sahaja, lapor dan hamburkan semua bukti...masa bercakap tuduh itu ini dah berakhir, sekarang masa membuktikan - jangan selepas kerajaan negeri Selangor terampas - baru nak berbunyi semula.
Tetapi apa yang pasti - skrip pendedahan pun bukan Khalid yang buat dan sedar - dia tak tau apa pun - dia lebih bz dan fening sebab gfrennya ilang.
How did this illegal Indonesian Immigrant become an MB and allowed to swindle our money. And is going to ne UMNO Youth chief soon!
Well,
With people like Klaungman, even the dog of Khir would become MB. If these orang2 melayu didn't pukul or hentam this people like Kluangman, all the malays in Malaysia are stupid fools.
In Singapore, even the malays saying that the malays in Malaysia are more stupid. The problems are people like Kluangman
Regards,
looes74
Kasi keluar semua bukti. Kasi Khir gelabah. Kasi SPRM lagi gelabah.. Rakyat yang suka orang pandai cakap (kata Ibrahim Ali) sedang menunggu..
Post a Comment