02 February 2009

Pilihanraya Kecil & MB Perak mengadap Sultan - Malaysiakini

MB Mengadap DYMM Sultan, Speaker telah maklum kepada SPR.

Dua perkara penting hari ini.Setelah kita menerima berita peletakan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering seperti yang diumumkan , terdapat dua perkara penting yang akan berlaku pada hari ini.

PERTAMA : Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dengan peruntukan kuasa dan undang-undang yang sedia ada akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang bagi diadakan semua Pilihan raya.

SPR tidak boleh mengambil kira dakwaan bekas ADUN tersebut mengenai surat peletakan jawatannya. Fokus sekarang ialah Pilihan raya kecil setelah diwartakan oleh SPR.

KEDUA : YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dijangka mengadap DYMM Sultan Perak bagi memaklumkan kedudukan politik semasa sebagai sifatnya ketua kerajaan yang sah.

Beliau akan ditemani oleh Exco Agama, Hj. Mohd Zainuddin Mohd Yusof dan saya difahamkan semuanya telah diatur.

- Y.B. DRS. KHALIL IDHAM LIM

MB Nizar Mengadap Sultan.

Lebih kurang jam 10.00 pagi tadi kereta MB Nizar kelihatan memasuki Istana Kinta. Beberapa orang pemberita mulai berkampung di hadapan pintu Istana menunggu dengan harapan keluarnya MB dari sana.

Tepat jam 10.25, kelihatan kereta MB sedang meluncur keluar dari sana.Para pemberita cuba mengepung dan menahan kereta tersebut tetapi MB sekadar menurunkan cermin tingkapnya seraya berkata, “Sorry, next time..”

Kelihatan hampa semua pemberita dan jurugambar yang sejak tadi menunggu kemunculan MB Nizar untuk mendapatkan berita perkembangan yang mutakhir.

Adalah dipercayai, MB Nizar mengadap Sultan untuk memaklumkan tentang perletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri , Osman Jailu ( N14 Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (N59 Behrang)

Maka dengan itu, Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi tentang kekosongan tersebut dan seterusnya SPR akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

1 comment:

Suraya said...

Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.

Lepas ni giliran Yob dan Yong pula merasa gula2 pilihanraya kecil. Jangan nanti orang Perak pula conteng tahi kat muka Najib.

Ini lah padahnya kalau pengundi berpandukan parti semasa mengundi. Kita sepatutnya memilih calon. Lupakan parti yang dia wakili. Kalau kita kurang yakin dengan peribadi semua calon, lebih baik jangan mengundi.

Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?

Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.

Sungguh memalukan!

Bubarkan saja DUN Perak, aku nak balik ngundi...

Short Talk

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese