KOTA BAHARU - Pas yang tidak berpuas hati dengan kelantangan anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang sering mengkritik parti itu meminta beliau meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi.
Beliau berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, anggota Parlimen Bebas itu tidak sepatutnya sering menghentam PAS seolah-olah beliau sahaja yang betul.
"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, hari ini.
Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, berkata Ibrahim meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasan Pasir Mas ketika itu menolak cadangan itu.
"Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya.
Mengenai kemungkinan Ibrahim akan menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.
"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya. - Bernama
Malaysiakini : PAS minta Ibrahim Ali letak jawatan
4 comments:
Ibrahim mempertahankan hak raja2 diparlimen
Ibrahim bergaduh dengan India PKR di parlimen
KENAPA YANG PAS MELENTING?
Ibrahim, tak tau siapa yg derhaka kepada raja, dia sepatutnya salahkan Umno yg mulakan huru hara, bawa lari org, ugut org
Bukan anak Ali yang di Kelantan ni saja yang patut di minta letak jawatan. Anak Ali yang di Selangor pun patut di minta letak jawatan. Takkan lah pucuk pimpinan PAS buat tak tahu sahaja apa yang sedang di rancang olih anak Ali di Selangor ni yang dah tak tak tahan nak jadi MB walau dgn apa cara sekali pun. Tanya lah Raja Petra dari mana beliau dapat maklumat ni dan tanya juga anak Ali yang di Terengganu samaada beliau restui apa yang di rancang olih anak Ali d Selangor ni.
kalau ibrahim ni suka sangat main issue perkuaman tolong join umno dan tolong jangan burukan nama baik pas kerana semua kuam dah support pas
Post a Comment