22 February 2009

Nizar : Saya yakin kita akan kembali - Malaysiakini

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, his wife and their seven children loading up their family vehicle in preparation to move out of the Perak mentri besar's official residence today. – Pic by Choo Choy May >Read More

IPOH :-Tindakan Barisan Nasional merampas Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat disifatkan seperti Yahudi yang merampas hak orang Islam di Gaza, "Inilah dua kerajaan haram di bumi ini yang rakyat tolak mereka " Kata YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam majlis sempena meraikan para Petugas Unit Amal, Blogger dan wartawan di Kediaman Rasminya di sini.

Program yang diadakan itu adalah beberapa ketika beliau secara rasmi meninggalkan kediaman rasmi itu ke kediaman peribadi yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim, ADUN Bercam, Sum Cheok Leng, Setiausah Akhbar, Hj. Anuar Hashim, Setiausaha Politik, Hj. Misbahul Munir dan Ketua Pemuda PAS Perak, Hj. Norazli Musa.

Pada kesempatan itu Ir. Nizar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Unit Amal yang mengadakan kawalan untuk nya, " Saya hargai pengorbanan tuan-tuan" Katanya.

"Terima kasih juga kepada para blogger yang berkampung di sini, melaporkan kepada dunia siber tentang kerakusan Barisan nasional merampas kuasa dari pakatan Rakyat" . Katanya.

Beliau juga menjelaskan UMNO yang mengapi-apikan semangat perkauman telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat telah melahirkan rakyat yang saling menghormati antara satu sama lain, katanya.

Ir. Nizar mengimbau selama ini beliau tidak jemu membaca ayat-ayat Al Quran yang mengajak kita untuk melaksanakan pelbagai prinsip keadilan dan sebagainya.

Disamping itu beliau melahirkan kekesalan dan rasa sedih kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang ingin membela mereka di tumbang dan dirampas.

"Saya yakin kita akan kembali" tegas Nizar.

Ir. Nizar menegaskan selagi DUN tidak dibubarkan, pelabur tidak akan percaya untuk melabur di Perak.

"Kita akan berhadapan dengan mereka, kita akan jumpa dengan mereka di Bukit Gantang, kita jadikan ini sebagai isu supaya sokongan bertambah bergantang-gantang kepada Pakatan Rakyat".

Mengulas antara kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan pakatan Rakyat di Perak iaitu kutipan cukai tertinggi yang tidak dicapai sebelum ini sebanyak RM 263 Juta pada akhir Disember lepas. "Oleh kerana mereka tahu apa bila mereka membayar cukai dan dikembalikan kepada rakyat ". Katanya.- DRS. KHALIL IDHAM LIM

Malaysiakini : Umno penakut, kata Mohd Nizar

6 comments:

Anonymous said...

mana ada umno rampas hak pakatan rakyat. tak payah lah nak cakap berbelit-belit macam yahudi. sebenarnya nizar itu yang yahudi cakap berbelit-belit. kata akan ikut cakap sultan tapi bila sultan buat keputusan derhaka pulak. bukan ker anwar ibrahim yang mula kan pasal lompat parti. kalau isu lompat parti ni menunjukkan atau sama dengan yahudi rampas hak palestin. maka anwar ibrahim dan pakatan rakyat termasuklah dengan pas dan nizar sekali yang jadi yahudi dulu. sudah lah, rakyat sebenarnya dah muak dan bosan dengan perangai orang-orang pakatan rakyat yang suka menipu dan cakap berbelit-belit macam yahudi. semoga Allah SWT melaknati anwar ibrahim dan pengikut-pengikutnya, amin.

LALILOo said...

Bukan pasal Nizar atau PKR, tapi laporan gempar dari Australia dapat di lihat disini.

=>http://webpanas.blogspot.com/2009/02/malaysiakini-anak-pengarah-sprm-kena.html

Anak kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said, ditangkap di lapangan terbang Australia atas tuduhan memiliki bahan lucah!

Nistelro0y said...

umno melayu yang bacul, kalau berani mai lawan la... tak abih2 racist... hak tuih

Anonymous said...

Bodoh punya Melayu UMNO. Cuba jadi Melayu PAS, PKR, DAP yang sentiasa menjadi payung untuk Melayu, Cina, India dan semua rakyat lain Malaysia. Melayu UMNO tak habis2 nak sorak tak tentu pasal. Cuba la rasional sikit. Jangan jadi racist. Tuhan jadikan kaum2 untuk bersahabat bukan untuk bertengkar keluar urat siapa yang lebih Melayu, Cina & India pun. Loya la.

Anonymous said...

Hoi anonymous 6:23 pm laknat
Memang dasar kamu dan umno adalah yahudikenapa pula nak cakap nizar tu pembelit. Kamu tu dan kuncu kuncu umno tu lagi penghisap darah rakyat .Kau tahu rakyat dah mahu lagi dan muak dan loya seloya loyanya. weeeek

yes said...

Sdr Laliloo,
Kalau bapa kencing berdiri anak akn kencing berlari. Orang dulu dulu memang bijak membuat perumpamaan.

Saudara anonymous,
Bagi anda yang kurang pengetahuan tentang selok belok politik baik lah jangan shok sendiri mengeluarkan pendapat.

Jangan ikut sedap mulut menuduh orang seperti yahudi dan melaknati siapa yang anda tidak suka.

Ada baiknya jika saudara menyatakan nama saudara agar saudara berasa bertanggong jawab di atas tulisan saudara dan tidak berselindung atas nama anonymous.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese