05 February 2009

Nizar: Saya tidak perlu letak jawatan - Malaysiakini

Clinging on ... Perak Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin speaking to reporters at his residence last night. — Picture by Choo Choy May

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau masih menjadi ketua kerajaan negeri sehinggalah Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri.

Ataupun, katanya, BN perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh malam tadi, Mohd Nizar berkata saranan Najib yang juga timbalan perdana menteri itu, tidak mencerminkan apa yang terkandung dalam perlembagaan negeri Perak.

Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.

Beliau mengingatkan bahawa proses menukar kerajaan "tidak sama seperti menukar 'arung kopi".

Mohd Nizar juga membidas Najib kerana didakwanya cuba mengambil alih kuasa di Perak melalui cara yang tidak sah.

Berfungsi seperti biasa

Sebaliknya, kata beliau, Najib hanya mahu menakut-nakut rakyat dan melakukan sesuatu tanpa menghormati perlembagaan.

Oleh itu, Mohd Nizar meminta Najib - yang bakal menjadi perdana menteri - supaya berlaku adil kepada rakyat Perak.

Menjawab soalan pemberita, Mohd Nizar berkata, kerajaan Pakatan akan terus berfungsi seperti biasa sehingga Sultan membuat keputusan berhubung permohonan pembubaran dewan undangan negeri.

Sebelum ini,Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam.MK.

5 comments:

pemerhati sepi said...

Jika sultan menerima kerajaan baru (BN) bermakna rakyat perak telah dijajah oleh orang Pahang.. Kenapa BN perak perlu berpaksi dan mendengar arahan orang Pahang yang tidak bertanggungjawab nih.. RAKYAT PERAK, JANGAN SAMPAI DIJAJAH RAKYAT PAHANG YANG BODOH SOMBONG NIH.. sejarah akan berulang.. dimana orang susah meminta bantuan orang luar.. kemudian orang luar tu pulak akan merosakkan negeri orang yang susah tadi..

Anonymous said...

laaaa lagi baik apaaa dari dijajah cina quantong....ngeh ngeh ngeh ...999 tahun... kg baru...hehe

peon pencen

Anonymous said...

kenapa perlu melatah wahai saudara-saudara di pakatan rakyat. Masa Anuwar umumkan kerajaan BN akan tumbang sebab korang dah dpt pancing ramai MP of BN ke korang oklah pulak... tapi bile kene sebaliknya, macam-macam cerita korang buatkan... tak puas hatilah.. najib perompaklah.. UMNO beli undi lah.. kalau cakap tanpa bukti atau hanya base on logik akal boleh jadi fitnah.. mungkin najib memujuk seperti Anuwar memujuk MP barisan.. politik kan...

apa2 pun.. orang macam adun bota tu.. paling tak leh pakai.. mcm lalang... sebab nak kuasa punya pasal...umno sanggup terima dia balik.. mmg umno cari penyakit.. adun bota tu mmg muke tak tahu malu...

Assalamualikum

Anonymous said...

aku tetap menyokomg MB Nizar,dia bukan derhaka tapi memberi jalan untuk kesejahteraan rakyat perak. kalaulah esok lusa ada berlaku adun bn lompat ke prk pasti akan ada perlantikan mb baru lagi kerana pada aku lompat adun ini tidak mewakili rakyat yang memilih mereka itu sebab perlu adanya pilihanraya kecil barulah kita sama-sama tahu keputusannya. aku rasa sultan perak ni memang dari puak umno juga permaisurinya sama pesen wanita umno dah tua tak nak bertudung tidak takut hukum tuhan. ingatlah manusia ni sama saja hanya yang layak menerima MAHA MULIA hanya Nabi Muhammad saw saja dalam islam.

Anonymous said...

Assalamualikum,

Aku berpendapat better beralah, beralah tidak bererti kalah. Kalau PR dipihak yang benar,yakinlah Allah dibersama PR. Insya-Allah next election PR boleh menang. Majoriti rakyat menyokong PR. Biarlah mereka memerintah dulu.

2 orang bekas adun keadilan kene tuduhan rasuah. Mereka dituduh rasuah masa pemerintahan PR,kalau betul rasuah, surenye Bekas MB Nizar and team ada bukti. So masa perbicaraan nanti kasi cerita habis. kalau mereka bersalah dapat election. tak gitu. tak payah nak tunjuk perasaan. buang masa. kita gune cara yang elok sket.

Jangan salahkan Sultan, kalau tak kerana Sultan, Cina dah jadi MB Perak. Yang nie racist sket. Bukan tanah 999 tahun ntah-ntah 9999 tahun. Daulat Tuanku. Majoriti orang melayu support Sultan, kalau pemimpin PR cube menderhaka, mungkin PR akan kehilangan kepercayaan dari orang melayu dan UMNO akan jadikan isu.

Satu lagi pengajaran untuk PAS dan Keadilan, tengok betul-betul calon UMNO yang nak masuk parti. Jangan sebab nak sokongan dan nak memerintah main ambik semua aje. Terima bulat-bulat. tengok dulu background dia. Jangan sampai PAS dan Keadilan di UMNO kan. Kebanyakkan orang UMNO yang join korang tu dah buat duit sebelum nie. bila kalah pemilihan bahagian, baru nak keluar parti. Awal-awal dulu kenapa tak nak keluar. Muhasabahlah diri. Jangan cepat lupe dan riak.

Mungkin aku tulis nie ada benarnya, kalau ada yang terbace dan nampak kebenarannya sampai-sampaikan lah ke pemimpin-pemimpin PAs dan Keadilan. Aku tak tahu macam mana nak bagi tahu dorang nie. Sebab tulah aku tulis kat sini.

Pengundi yang masih tiada parti

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese