10 February 2009

Nik Aziz & Anwar: Penghargaan buat V Arumugam - Malaysiakini

Tahniah V Arumugam kerana pertahan prinsip - Nik Aziz

PAS merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam kerana sanggup menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dengan meletak jawatan sebagai Adun.

"Bukan senang nak melepas tekanan daripada Umno dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara," ujar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.

Kata beliau pada mulanya beliau kesal dengan tindakan bekas Adun terbabit yang mengambil tindakan melepaskan jawatan hanya kerana menghadapi tekanan politik.

Bagaimanapun menurutnya tekanan diterima Arumugan begitu hebat sehingga tidak tertanggung lagi.

"Oleh itu tindakan beliau mengosongkan kerusi Dun yang dipegang sebelum ini wajar sekali.

"Mungkin ugutan yang diterima itu kuat sangat sampai kepada keluarganya. Kerana itu perletakan jawatan Arumugam sebagai langkah terbaik bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat," katanya. Hrkh

Penghargaan Buat Sdr. Arumugam - Anwar Ibrahim

Dukacita saya menerima perletakan jawatan Saudara V. Arumugam dari semua jawatan yang disandang beliau; sebagai seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau. Mewakili seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Arumugam di atas jasa dan khidmat yang beliau berikan.

Kerana takutkan bayang-bayang sendiri, Umno-Bn sanggup menggunakan taktik kotor dan politik ugut mengugut ke atas wakil yang dipilih rakyat. Pendedahan YAB Ustaz Azizan pada sidang media sebentar tadi berhubung alasan perletakan jawatan Adun Bukit Selambau tersebut sangat mengejutkan bahkan mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh Saudara Arumugam pada awal bulan ini berkenaan ugutan dan segala macam tekanan. Nampaknya perubahan yang dijanjikan hanyalah gimik semata. Rakyat sedar akan permainan silap mata ini, dan rakyat jualah yang akan menentukan keputusannya. - anwaribrahimblog

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese