26 February 2009

MB Selangor hargai sokongan Presiden PAS - Malaysiakini



"Ikatan Pakatan Rakyat cukup padu tetapi cuba dirungkai oleh sekumpulan pihak yang mempunyai kepentingan politik murahan."

Demikian kenyataan yang disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Harakahdaily lewat malam tadi berhubung dengan penghargaan atas sokongan padu yang diberikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap kepimpinannya.

"Ribuan terima kasih kepada Presiden PAS, atas sokongan padu terhadap kepimpinan negeri Selangor.

"Sokongan ini menunjukkan ikatan Pakatan Rakyat cukup padu tetapi sedang cuba dirungkai oleh sekumpulan yang dilihat berkepentingan politik murahan demi meraihi populariti,"jelasnya.

Berhubung dengan pelbagai isu yang melanda Pakatan Rakyat ketika ini, Khalid menambah, Pakatan Rakyat dalam menghadapi setiap permasalahan dan akan mengadakan mesyuarat dalaman bagi membincangkan setiap isu yang timbul.

"Setiap pandangan yang berbeza berkaitan isu ini akan dibincangkan secara telus dan ilmiah bersama semua pimpinan,"tegasnya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese