27 February 2009

Jawatankuasa Siasat Aduan Karpal Singh Ditubuh - Malaysiakini

Malaysiakini : Dewan tubuh jawatan siasat aduan Karpal


BERGELUT... Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umnno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya. - foto The Star AZMAN GHANI.


DITENANGKAN... Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo yang juga anak Karpal Singh dihalang ketika pertengkaran dengan Pemuda Umno Selangor.


MELERAIKAN... Pengerusi, BNBBC, Datuk Tiong King Sing cuba meleraikan pergelutan yang berlaku.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat malam tadi meluluskan usul untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai perbuatan pihak-pihak tertentu yang menghalang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di perkarangan parlimen ketika mahu memasuki dewan jam 2.30 petang semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Pengerusi, dan timbalannya Datuk Dr Ronald Kiandee selaku Timbalan Pengerusi.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), R. Sivarasa (PKR-Subang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat), katanya semasa membentangkan usul itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa berkenaan boleh mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

"Penubuhan jawatankuasa itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 80A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, iaitu majlis mengambil ketetapan untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat aduan dari Yang Berhormat Bukit Gelugor," katanya.

Terdahulu, Pandikar Amin menolak usul yang dikemukakan Karpal yang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat mengeluarkan waran tangkap bagi menahan dua individu yang terlibat menghalang beliau memasuki bangunan Parlimen petang tadi mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P).

Karpal memohon supaya waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda Umno Serdang Ungku Mat Salleh serta Ketua Pemuda Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin, dan kedua-dua mereka perlu dihadapkan ke dewan bagi memberi tunjuk sebab kenapa mereka tidak patut dipenjarakan menurut Seksyen 11 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Beliau membangkitkan perkara itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 26(1)(P) yang bersabit dengan hak istimewa Ahli Parlimen di mana tiada notis diperlukan, serta Seksyen 9 dan 11 Akta Majlis Parlimen memandangkan kejadian itu berlaku di perkarangan Parlimen hari ini di mana beliau diserang oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno apabila sampai ke blok menara untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Pada pukul 2.30 petang tadi, sekumpulan 20 hingga 30 anggota Pemuda Umno Selangor menghalang Pengerusi DAP itu daripada memasuki bangunan Parlimen dengan menuntut Karpal supaya memohon maaf kerana mendakwa Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya.

Peristiwa itu menimbulkan suasana tegang selama 15 minit.

Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng mendakwa beliau telah dipekup oleh kumpulan anggota Pemuda Umno terbabit.

Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.

Pandikar Amin berkata usul mengikut Peraturan Mesyuarat 80A lebih sesuai dikemukakan dan beliau sudahpun menerima notis daripada Mohamed Nazri berhubung perkara itu.

"Saya sebagai Speaker telah memikirkan soal ini dan saya terpaksa ambil tindakan tegas terhadap apa yang berlaku. Keputusan saya ini muktamad. Ruling (ketetapan) yang diminta (menurut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P)) adalah tidak berkenaan.

"Ini kerana saya tidak boleh keluarkan waran tangkap terhadap orang yang belum dibicarakan. Bagi saya tidak boleh ikut kerana dalam fikiran saya Peraturan Mesyuarat 80A sesuai, itu pendapat saya dan ia muktamad," katanya.

Mohamed Nazri yang ditemui pemberita di Lobi Parlimen berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin sebelum persidangan Parlimen berakhir.

"Mereka akan bermesyuarat secepat mungkin, (dan) apabila mereka bermesyuarat, mereka akan membuat keputusan yang akan dibentangkan dalam persidangan Dewan sekali lagi," katanya.

Ketika ditanya sama ada jawatankuasa itu akan berbincang seperti inkuiri awam, Mohamed Nazri berkata: "Mereka akan melakukan apa jua yang perlu dilakukan, termasuk memanggil pihak yang terbabit (termasuk) polis. Selepas itu, mereka perlu membuat keputusan."

Beliau berkata Jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk memberi hukuman denda maksimum RM1,000 jika inidividu yang terbabit didapati bersalah.


Berikut Kronologi yang berlaku di Dewan Rakyat semalam:

7.54 pm: Nazri Aziz umum tubuhkan jawatankuasa menyiasat terhadap apa yang berlaku terhadap Karpal Singh.

7.51 pm: Peraturan mesyuarat 80(A) notis diterima menurut Speaker.

7.49 pm: Usul karpal disokong oleh Ipoh Timur. Speaker tolak dan jelaskan keadaan.

7.48 pm: MP Bukit Gelugor usulkan supaya waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda Umno Serdang Ungku Mat Salleh serta Ketua Pemuda Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin

3.31 pm: Speaker minta bentara dan anggota keselamatan tinjau keadaan di perkarangan parlimen sebelum membuat 'ruling'

3.28 pm: MP Permatang Pauh, Anwar Ibrahim kini menerangkan keadaan yang berlaku oleh Karpal singh dan lain-lain MP Pakatan Rakyat.

3.27 pm: Dewan sedang kecoh, MP Serdang dakwa pihak berkenaan di parlimen sejak jam 10 pagi.

3.26 pm: MP Serdang, Batu Gajah, Bandar Kuching dakwa pihak berkenaan masih ada di perkarangan parlimen.

3.18 pm: MP Bukit Gelugor, Karpal Singh dakwa disekat dan diugut oleh pemuda UMNO sebelum ke parlimen, namun beliau dakwa tiada bantuan dari pihak polis.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese