PENGKALAN CHEPA - Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik
Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.
Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.
Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.
"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.
"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.
Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.
"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.
Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.
"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi. -Hrkh
4 comments:
kasihanlah kita orang orang Melayu, selalu dipergunakan dan dipermainkan oleh pemimpin pemimpin Melayu dan raja raja Melayu kita dengan isu isu kaum , isu isu agama dan isu isu kedudukan istimewa yang kononnya mempertahankan hak orang Melayu, tapi sebenarnya mempertahankan kepentingan mereka sendiri sahaja.
Sedarlah orang Melayu, hanya demokrasi dan keadilan yang boleh mempertahankan hak rakyat
HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU!
Bukan salah mufti Perak, tetapi pemikiran beliau yang telah ketinggalan 500 tahun. Beliau tak dapat bezakan raja 500 tahun dulu dengan raja sekarang. Raja sekarang bukan pemimpin seperti raja pada 500 tahun dulu.
Sekurang-kurangnya Mufti Harussani telah memberikan pandangan mengenai kedudukan MB Nizar yang mengingkari suruhan raja itu. Dan tidakkah wujud ulamak yang pendapat rasminya lain dan tidak rasminya lain?
Yang saya tertunggu-tunggu ialah pandapat beliau mengenai hukum 4 katak berwajah wakil rakyat Adun yang melompat itu walaupun dah buat akujanji dengan partinya dan raja tak akan melompat sampai bila-bila. Adakah ia HARUS atau HARAM? Rakyat Negeri Perak tentunya nak tau. Apatah lagi ia dianggap punca kepada kemelut politik Negeri Perak sekarang serta krisis perlembangaannya.
Apa yang saya tau, dari sudut perundangan Islam 'Masalih Mursalah' hukumnya HARUS jika tujuan-tujuan Syariah 4 Adun tersebut melompat ialah untuk mendatangkan kebaikan dan membawa kemanfaatan kepada rakyat dan agama Islam.
Sebaliknya, akan berubah menjadi HARAM jika ianya membawa kepada kemudaratan dan kerosakan! Apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang? Perayaan jublimas al Sultan tepaksa dibatalkan! Tujuk perasaan berleluasa! Masjud ditembak gas oleh FRU! Wujud keadaan tak menentu dan tidak tenteram! Negeri Perak ada dua MB! Sultan Perak bakal disaman oleh bukan Melayu! Kalau kerajaan negeri diistihar HARAM tidakkah gaji bagi orang yang makan gaji dengan kerajaan Negeri Perak menjadi HARAM! Orang politik lupa tanggungjawab menagani krisis ekonomi yang meruncing sekarang! Tepuk dada tanya minda!
Post a Comment