Ketika Speaker DUN Perak V Sivakumar mengumumkan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.
Perak dilanda lagi khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.
Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu. Namun berdasarkan blog cina-islam yang dikendalikan ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah melaporkan bahawa sehingga hari ini, Yit Fong tidak berada di Jelapang, kemungkinan berada di Hong Kong.
"Maklumat terkini saya dijelaskan oleh sumber yang rapat dengan Hee yang mengatakan dia dan suaminya sekarang ini berada di Hong Kong. Wajarlah maklumat ini saya terima sementara waktu kerana memang dia macam tidak berada di Malaysia pada masa ini."
"Walaupun ada maklumat sebelum ini dikatakan berada di Australia, saya memilih Hong Kong disebabkan latar belakang bangsa dan Hong Kong tempat tengok pelaburan usaha lompatnya kalau memang ada habuan. Saya tahu sangat sebab saya berada di China 4 tahun."
Sementara itu, Khalil juga melaporkan bahawa kereta rasmi exco kegunaan Yit Fong masih tersadai di rumahnya di di Jalan 19 Taman Ehsan Tasik.
Untuk rekod, kesemua kereta rasmi Exco telahpun dikembalikan oleh semua Exco pakatan Rakyat dan diletak di dalam pagar kediaman rasmi Menteri Besar di sini. Langkah ini adalah sebagai menghormati surat rasmi yang dikirim oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya rumah dan kereta rasmi itu dikembalikan sebelum 27 Februari.
1 comment:
Wakil jelapang tu ada pakai-pakai Pak
Post a Comment