Anwar Ibrahim : Bingkisan Drama ‘Kehilangan’ Dua ADUN Perak
Malaysiakini : Anwar tempelak PM 'kongkalikong'
KUALA LUMPUR -Ketua Umum KeADILan tidak menolak kaitan Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak didalam kes ‘kehilangan’ dua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Menurut beliau, ‘babak kehilangan’ ini mengingatkan mengenai tragedi Dektektif Balasubramaniam yang hilang sejak setahun lalu akibat pengakuan bersumpah beliau dalam kes Altantuya.
“babak kehilangan menggerunkan kerana mengingatkan tragedi Altantuya dan detektif Bala yang ada kaitannya dengan tokoh yang sama. Dalam babak terbaru ini, Datuk Seri Najib terlibat secara langsung!” menurut beliau dalam blognya.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas.
Menurut Anwar, perkara ini telah di ingatkan beliau ketika ceramahnya sewaktu menyambut kemenangan calon Pas dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu bulan lalu.
“saya telah menjangka tindakan lebih ganas oleh pimpinan UMNO-BN. Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bedakan dengan pendirian Datuk Nasa di Bota!” kata
Selain itu Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi turut ditemplak dengan gelaran kongkalikong akibat mengalu-alukan penyertaan dua exco kerajaan Perak bersama BN dengan alasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menganggap usaha lompat parti sebagai “tidak bermoral.”
“Perdana menteri kongkalikong mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut,” katanya lagi.
Beliau dalam kenyataan itu turut mengatakan telah mengadakan pertemuan dengan baki semua enam wakil rakyat PKR Perak termasuk Adun Bota, Nasaruddin yang melompat menyertai parti itu pada 25 Januari.
“Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai,” katanya.
Sementara itu, Anwar meminta agar seluruh jentera KeADILan bersedia bertarung di dua gelanggang ini.
“kita yakin inshaallah dengan suara rakyat. Jentera kita harus bersedia bertarung di gelanggang Perak,” katanya lagi.
Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN di rumah beliau pada 5.45 petang semalam.-SK
8 comments:
kau dengar kan lah cakap anwar yahudi ni. penipu dan pembelit. jangan lupa 16 september lalu, satu dunia kena tipu kononnya dia nak ambik alih kerajaan malaysia. lepas tu pasal liwat, sampai sekarang dia tak nak bersumpah laknat. sebelum tu kata orang nak bunuh dia dan dia lari sembunyi kat kedutaan turki tapi sampai sekarang dia tak mati-mati lagi. penipu!!!!! pembelit!!!! tak ubah macam yahudi dan tak ubah macam peres!!!! jangan percaya cakap anwar laknat tu. moga Allah SWT melaknati anwar ibrahim. amin.
bila orang umno masuk pkr, niat baik nak bantu rakyat tapi bila orang pkr masuk umno rasuah 50 juta lah, ada ugutan lah. ni bukan ker yahudi namanya???? cakap berbelit-belit. macam nik aziz lah bila menantu dia tiba-tiba kroni jadi sunnah nabi pulak. kalau umno kroni tak boleh salah dan berdosa.
due2 orng anonymous nih sme jer.takut nk bg nme pas2 nak hentam orng.Lupe ke tojol ckp 31 ogos kerajaan perak tumbang.tp x jadi jugak.kate orng lebeyh.kalau Allah x nk die mati die x mati.jgn tuduh2 orng x baek.Allah x kn terime doa orng yg ingin melaknati orng laen.kalau die bersalah, Allah akan bg hukuman setimpal.Badawi ckp yb msk pkr x bermoral lemah smngt laa.tp ble yb nk msk bn boleyh pulak.yg ckp berbelit tuh pm kite.nik aziz x prnh ckp yg kroni umno tuh slh. anwar jer yg tentang kroni.jgn nk belit2kn fakta
pakcik din bangi oii!!
takkan tak nampak si nizar tu dah jadi balaci dap...jd pak turut si nga & nge tu aje!!! si nga & nge ketawa tapi si nizar terngange....
Apa nak bincang?. Anwar baik atau buruk ke, itu bukan isunya. Isunya ialah rasuah di negara ini sudah sampai tahad kritikal. Kalau tak control, hancur negara ini. Lihatlah saja macam wang digunakan untuk membeli pengaruh dalam UMNO. Jadi soalannya ialah, mana mereka dapat duit yang amat banyak ini? dan selepas sudah habis pakai, macam mana nak dapat balik duit yang sudah dibelanjakan?.Akhirnya rakyat jelata yang kena seksa. Politik perkauman digunakan sebagai alasan untuk terus berkuasa. Kononnya untuk bangsa dan Agama. Yang hairannya, ISLAM tak benarkan perkauman. Rakyat sekarang kebanyakan berpelajaran, tak macam dulu. Orang kampong pun tahu guna internet. jadi amat susah nak tipu. Liwat ke atau sep 16 ke, rakyat rata-rata tahu apa yang sedang berlaku.BN ke atau BR ke, mereka semua orang politik, dalam politik tak ada yang baik selama-lamanya. Akan tetapi dalam keadaan yang tenat ini, negara kita perlu 'check and balance'. BR adalah yang amat diperlukan oleh negara ini pada masa sekarang untuk yujuan check and balance.
sebenarnya................/////////////''''''''''''''';;;;;;;;;;;;;
org yg skg umno dan bn mmg tak dak otak,kalau nak sokong tu renung2lah dan kaji2 la sikit,jgn la bodo sgt woi,kata negara islam,apa, tudung kepala suka-suka hatika nak pakai ka tak pakai,umno tlg jawab mai.....
wahai dua ekor anonymous ? ingin ku nyatakan padamu....walaupun anwar ni kena tipu, kena belit, kena lebam mata,kena bogel,kena penjara,kena arsenik, kena yahudi.. oleh umno laknat tu...itu adalah balasan dosanya kerana menyertai umno..... umno adalah parti laknat...sebab itu pemimpinnya suka kepada sumpah laknat....
Post a Comment