IPOH ; Dato' Seri Nizar tidak meminta sedekah jawatan dan beliau diminta memegang dan diberi kepercayaan, kerana diberi maka wajib dia mempertahankan amanah itu, kata Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya.
Beliau dipilih melalui pilihanraya, walaupun dia seorang manusia yang ada kelemahan tetapi beliau tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya, Kata Abdul Hadi.
"Sila beritahu apakah penyelewengan yang beliau lakukan jika ada, ada rasuah dan sebagainya." tanya Abdul Hadi.
Kita berkumpul untuk menyatakan kepada seluruh Rakyat dan seluruh dunia bahawa DS adalah MB yang sah dan dia masih Menteri Besar.
"Kalau hendak dihentikan mesti dengan cara yang beradab bukannya dengan cara merompak di tengah jalan."
Tanya "adakah rakyat Perak boleh menerima kerajaan penyamun ?"
Pakatan Rakyat telah mengumpulkan rakyat dari berbagai bangsa dan agama bersatu dengan sebulat suara untuk menentang BN yang tidak ada maruah dan harga diri.
Presiden PAS itu mengajak semua menunjukkan sikap dan bangkit dengan kesedaran, laksana pokok yang berbuah untuk manusia.
Kita akan bangkit sebagai umat Malaysia yang berbagai bangsa dan agama untuk menegakkan kebaikan, kerana kita berada dalam satu kapal dan jangan benarkan orang tebuk kapal itu.
"Mari kita menghalau hantu dan jembalang yang berkuasa di Perak." seru Abdul Hadi.
"Cantas pemimpin-pemimpin yang celaka dan humbankan ke laut." katanya diakhiri ucapan. - DRS. KHALIL IDHAM LIM
1 comment:
Salam TGH,
Lebih jelas jika 'amanah yang cuba dipertahankan oleh MB Nizar itu' diperincikan sebagai suatu kewajiban beliau mematuhi rukun hukum muamalat Islam al-Wakalah atau Melayunya Wakil-mewakil yang dinamakan 'perkara yang diwakilkan' bagi yang percaya dengan hukum tersebut seperti mana mereka percaya hukum-hukum Islam lain termasuk Hudud.
Post a Comment