14 February 2009

3 Adun melompat hidup dalam tekanan - Malaysiakini

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan wakil Hamas, Sami Abu Zahri.

KOTA BHARU - Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang menjadi penyebab kepada krisis perlembagaan di Perak dikatakan dihimpit kecelaruan apabila masih menyembunyikan diri sehingga sekarang. Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu dan Hee Yat Foong difahamkan belum kembali ke rumah mereka sejak episod kehilangan mereka sebelum ini.

Malah seorang daripada Adun terbabit tidak juga kembali ke rumah biar pun isterinya sakit tenat sekarang.

Manakala Hee Yat merupakan orang kurang upaya (OKU) juga belum pulang ke rumahnya.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim Abdullah berkata, rumah Adun Jelapang sekarang menjadi sasaran rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menjadi pembelot.

"Saya diberitahu setiap hari orang yang lalu lalang di depan rumahnya menghamburkan kata-kata kesat. Ada yang melemparkan telur busuk dan macam-macam lagi.

"Anaknya juga tidak dapat berniaga seperti biasa sekarang kerana tidak tahan berdepan dengan cemuhan orang ramai," katanya pada ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, anggota parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan wakil Hamas, Sami Abu Zahri.

Perkembangan isu di Perak sekarang ternyata menarik minat rakyat Kelantan apabila ribuan hadir. Padang Perdana dipenuhi 'lautan' manusia berkopiah dan bertudung putih.

Malam semalam lalu ribuan hadir pada ceramah di Kedai Kubang Kerian. Sebelum itu ceramah juga diadakan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah dan Markaz Tarbiah PAS Rantau Panjang.

Idham Lim yang juga Adun Titi Serong berkata, episod kehilangan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat berlainan dengan apa yang berlaku terhadap Adun Bota, Nasaruddin Hashim apabila berhijrah selama 11 hari kepada parti KeADILan.

"Dia datang sendiri kepada KeADILan tanpa diberi sebarang upah. Namun apa yang berlaku terhadap tiga bekas Adun Pakatan Rakyat mereka mengisytihar keluar parti dengan penuh misteri," ujarnya.

Timbalan Presiden PAS berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi alat kepada Umno apabila mengumumkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehari selepas berlangsung perhimpunan agung Umno.

Katanya, pemilihan tarikh tersebut seperti disepakati di antara SPR dan pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS pula mempersoal mengapa Kementerian Dalam Negeri bertindak merampas Harakah dan Suara Keadilan kalau tidak bertujuan menyekat rakyat mendapat maklumat sebenar.

Katanya, berdasar kepada laporan, rampasan akhbar oposisi itu berlaku di Selangor, Perak dan Kedah yang dianggapnya tidak wajar sama sekali.

"Kalau KDN bertindak begitu lebih baik kita tidak lagi membeli akhbar harian yang lebih condong kepada Umno berdasar kepada laporan mereka yang berat sebelah.

"Banyak cara kita boleh mendapatkan maklumat tanpa membaca akhbar harian. Internet, SMS sudah diguna secara meluas sekarang. Biar mereka rasakan. Sekali sekala kita juga perlu bertindak keras," katanya. - Hrkh.

Posting berkaitan (CINA ISLAM) :
Khalil : Mari kita tawan dua bukit.
Nik Aziz ajak tinggalkan merokok.
Hampir 50,000 hadir ceramah perdana di Kota Bharu.


1 comment:

Anonymous said...

Saya rasalah bukan sekali-sekala kita harus bertindak kasar dengan puak2 AMPUNO yang tak erti bahasa ni.
Saya rasa kan hari2 kita kena belasah setan2 bertopeng manusia ni erti hormat.
Bermula dari atas hingga ke akar umbi. Bukan sebaliknya.
Yang duduk kat atas tu lah yang penghasut besar dan dalang sebenarnya.
Rakyat kebanyakan terutama yang hidup hari2 tengok TV1, TV2 dan TV3tu ... apa yang mereka tahu? Dah lebih 50 tahun termakan hasutan. Macamana nak berubah? Hati dah matu, dah jadi batu!
Tapi kalau nak kaji kan ada juga baiknya apa yang telah berlaku kepada DSAI dulu ketika di buang oleh Mahathir dari AMPUNO kerana kononnya berani melawan Yang Maha Firaun tu!
Rupanya cerita tu tak habis kat situ. Berlarutan sampai sekarang.
Itulah bak kata orang : Ada Hikmah Disebalik Sesuatu Kejadian.
Bayangkan kalau DSAI tak melawan, akan selamanya orang Melayu bengang. Tidur lena. Tikam bom pun tak juga bangun!
Akan selamanya lah orang Melayu terkulai layu dengan cerita dongeng P. Ramlee kat TV tu.
Dan selama tu jugalah kita akan dengar cerita2 hanya AMPUNO sajalah yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu.
Dicanang setiap hari menerusi akhbar tempatan bahawa rakyat harus menghormati pihak pemerintah. Setiap pilihanraya BN akan menang. Apa yang pihak BN cakap semuanya betul. Apa yang pihak pembangkang cakap semuanya salah dan berbau hasutan.
Tapi dalam riuh-rendah kemelut politik ni, orang Kelantan juga yang saya fikirlah paling bijaksana.
Mereka bijak dalam menentukan siapa yang harus memerintah, walaupun kebanyakan daerah di situ mundur. Tapi fikiran mereka tidak.
Mereka sentiasa peka dengan apa yang terjadi di negara ni. Kerana pemimpin mereka adil dan jujur kepada rakyat yang diperintah.
Kalau nak dikaji - apa yang mereka dapat dengan mengundi parti PAS yang dianggap kuno oleh UMPUNO? Tak ada apa2 kan. Tapi kita jangan silap. Jangan cepat melatah! Nak tahu buku tu ceritanya baik atau tidak, jangan lihat pada kulitnya saja. Hendaklah baca dan fahami isi kandungannya. Barulah kita boleh menilainya.
Jadi kalau nak di rujuk balik apa yang telah berlaku dengan DSAI, ada juga baiknya. Malah banyak baiknya.
Setidak-tidaknya orang Melayu sudah sedar dan membuka mata dengan apa yang sebenarnya telah berlaku dengan negara kita ni.
Kita kena keluar dari kepompong lama untuk melihat kerosakan yang telah berlaku dengan bangsa kita sendiri.
Ada yang akan berkata mengapa harus melawan AMPUNO yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara dan orang Melayu khususnya?
Soalnya bukan itu. Soalannya berapa banyak kah orang Melayu yang betul-betul kaya dan berjaya di negara ni selama negara ni merdeka? Hakikatnya tidak banyak kan. Kalau ada pun sorang dua aje.
Kalau ada, tolong sesiapa kat luar sana tu namakan siapa mereka ni?
Setahu saya orang terkaya di Malaysia ni kalau lihat kedudukan dari nombor 1 hingga kesepuluh, hanya Syed Mokhtar Al-Bukhari saja yang berjaya.
Kemana perginya usaha untuk memenuhi ekuiti 30% pegangan saham ekonomi untuk Bumiputra? Apa dah jadi dengan DEB? Asyik2 nampak muka orang tu juga. Anak-beranak jadi kaya-raya dan kroni2.
Banyak syarikat Bumiputra lingkup. Duit habis entah tak tahu ke mana perginya.
Skandal tak habis2. Skandal perempuan lah, rasuah lah. Macam-mana nak maju?
Dulu skandal Bank Bumiputra, syarikat penerbangan negara MAS,
kehilangan duit di Tabung Haji, wang PTPTN disalahgunakan dan juga melibatkan Perwaja. Banyak lagi problem orang Melayu ni.
Nama aje Islam, perangai lebih teruk dari setan!
Saya rasalah dah tak terkira berapa banyaknya duit negara dihabiskan begitu saja tanpa manfaatnya dirasai dan dipulangkan kepada rakyat jelata.
Sebab tu lah apa yang telah menimpa hidup DSAI ada simboliknya kepada negara ni. Rakyat telah sedar dan celik terhadap rompakan dan kerakusan kuasa yang menimpa negara selama ni oleh kalangan yang berkuasa.
Kalau dulu, orang tua-tua betul-betul berjuang demi bangsa dan negara. Sekarang lain lah.
Hah ... bab tu lah saya secara peribadi tak setuju betul.
Walaupun DSAI terpaksa menanggung bebanan sebegitu berat, dimalukan dan dipenjarakan. Namun sedikit pun beliau tidak berganjak dan takut dengan ancaman, hatta nyawa beliau terancam sekalipun.
Namun cetusan dari perjuangan beliau dan segelintir pejuang keadilan yang berdiri teguh dibelakang beliau pada peringkat awalan, maka kita dapat lihat sekarang terbentuk lah wadah baru bagi rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan karenah pemerintah untuk bersama-sama berjuang untuk melawan kemungkaran dengan mengembalikan maruah orang Melayu yang sudah tercemar.
Tak kira bangsa dan agama, semua orang yang cintakan keadilan berduyun-duyun masuk parti PR untuk menyumbang tenaga dan wang ringgit demi mengembalikan maruah dan menyelamatkan negara ini dari terus dimufliskan oleh kalangan orang yang korup dan haprak di atas sana.
Harus diingat, perjuangan ini adalah untuk rakyat dan kepada rakyat. Maka janganlah ada pula mereka yang nak mensabotaj perjuangan yang suci ini.
Kepada DSAI, saya harap beliau berjaga lah dengan musuh dalam selimut ni dan jangan bagi mereka peluang untuk menyusup masuk dan mengagalkan agenda rakyat ni.
Begitu juga diharapkan daripada pemimpin lain di dalam PR ni baik dari DAP atau PAS.
Hendaklah sentiasa berjaga dan waspada dengan musuh yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan imej parti PR dan wakil-wakil rakyatnya yang telah dipilih secara sah oleh rakyat!
Harap jangan leka dan tertidur pula!
Dan akhir sekali kepada pemimpin PAS, jangan pisang berbuah kali ketiga. Cukuplah dah dua kali di patuk ular dari lubang ynag sama.
Kalau betul2 orang Islam kan - sekali kena patuk dah serik.
Buat apa nak bermuzakarah dengan watak2 munafik ni?
Kan saya dah kata di atas - setan bertopengkan manusia!
Boleh lagi dipercaya kah?
Saya rasa apa kata Tok Guru Nik Abdul Aziz tu supaya jangan berkompromi dengan AMPUNO tu ada kebenarannya dan uumphnya.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese