14 January 2009

Wan Farid Takut Debat - Malaysiakini



KUALA TERENGGANU - Kegagalan itu dibuktikan oleh calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang dengan nada mengelak menyatakan tidak akan menyertai Debat Royalti Minyak yang bakal dianjurkan Majlis Perpaduan Rakyat Terengganu (Mampat) pada 8 malam, Khamis 15 Januari, di Kelab Ekuestrian Terengganu.

Penganjuran debat ini berbangkit apabila timbul keraguan terhadap kenyataan Meteri di Jabatan Perdana Mneteri, Senator Dato' Amirhisham A. Aziz di Parlimen pada 13 Mei 2008 bahawa Terengganu mendapat royalti sejumlah RM7.364 bilion.

Malaysiakini : Wan Ahmad Farid says no to oil royalty debate

Wan Farid enggan berdebat, tentu ada yang tidak kena...

MENJELANG Maghrib kelmarin, saya sempat bersemuka dengan Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Sdr. Mohamad Fauzi bin Abu Samah di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.

Saya melihat dia sedang menunggu seseorang di dalam keretanya, Tonoya Inova. Mungkin, beliau sedang menunggu anak atau isterinya.

Terlanjur bersemuka, mendorong saya bertanya terus tentang tawaran MAMPAT untuk menjadi penganjur debat terbuka antara dua (2) calon terhangat di pasaran - Wan Ahmad Farid Wan Salleh (UMNO) dan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS).

Setakat ini, hanya akbar elektronik Malaysiakini.com ada melaporkan soal perdebatan ini.

Calon perjudian UMNO, Wan Ahmad Farid Wan Salleh enggan menyertai debat terbuka anjuran MAMPAT walaupun sudah mendapat surat jemputan dari penganjur.

Calon PAS, Mohd Abdul Mutalib Endut sudah menyatakan kesediaan berdebat. MAMPAT sendiri sudah mempunyai moderator.

Saya sengaja provokasi Pengerusi MAMPAT dengan mengatakan kalau saya jadi UMNO sekalipun, saya tetap akan menolak pelawaan tersebut.

Ini kerana MAMPAT ini lebih dilihat pro PAS berbanding UMNO. Lihat sahaja pada pengerusinya saling tak tumpah seperti aktivis PAS jika kita tidak mengenalinya.

Kata Cikgu Fauzi (Pengerusi MAMPAT), pertubuhannya cuba menjadi orang tengah dalam isu royalti ini.

PAS sehingga kini menegaskan bahawa isu ini belum selesai dan UMNO menjelaskan sebaliknya. Jadi, MAMPAT mewakili rakyat mahu kedua-dua pihak membuktikan premis masing-masing.

Biar rakyat P.036 yang menjadi hakim dan menilai ketelusan UMNO-PAS sebelum pembuangan undi pada 17 Januari ini.

Tambah Cikgu Fauzi lagi, tidak logik MAMPAT dilihat sebagai berpihak pada PAS.

Kerana jika royalti ini dipulangkan kepada Terengganu sekali pun, bukannya PAS mendapat legasi untuk menguruskan duit tersebut.

Ini kerana UMNO sebenarnya menjadi kerajaan negeri. Jika menang UMNO lebih mendapat kelebihan. MAMPAT sekadar berpuas hati kerana royalti ini akan kembali untuk manfaat rakyat.

Pelik bukan? Mengapa periodisasi genting seperti ini yang dipilih MAMPAT untuk mengajurkan debat terbuka ini?

Kata MAMPAT, apabila Najib berjanji untuk memulangkan RM1.6 billion hingga RM3 billion royalti minyak kepada rakyat Terengganu selepas ini; Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bercadang untuk menarik semula saman kerajaan negeri kepada pusat dalam isu royalti tersebut sebelum ini.

Nampaknya, premis MAMPAT dan PAS seolah-olah sama - isu royalti ini masih belum selesai!!!

Agak-agaknya, sebab ini lah UMNO dan calon perjudian mereka Wan Ahmad Farid Wan Salleh enggan menyertai debat ini? - kerana mereka menemukan jalan buntu untuk memberitahu rakyat bahawa isu ini telah selesai.

Tuntasnya, UMNO masih terus menipu rakyat dan terus merompak duit royalti milik setiap rakyat Terengganu.

UMNO tidak pernah belajar dari kekalahan yang telah ditunjukkan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas.

UMNO masih angkuh walaupun sekali lagi telah ditolak dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sebelum ini.

Jalan terbaik adalah melanjutkan gelombang perubahan rakyat yang pernah dicetuskan sebelum ini oleh kita; dalam pilihanraya kali ini - P.036 Kuala Terengganu. - zainulfaqar.wordpress.com

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese