Malaysiakini : Empat ditahan polis di hospital UM
kemaskini 2:44pm Empat ditahan polis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjelang perarakan mayat A Kugan - didakwa mati dibunuh dalam jagaan polis minggu lalu - pada jam 2 petang ini.
Ketua polis daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu Malaysiakini, dua daripada mereka ditahan jam 12.50 tengah hari ini dekat pintu masuk utama hospital itu.
Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang keempat-empat yang ditahan dan dibawa ke balai polis Brickfields.
Kira-kira 200 berjalan kaki mengiringi sebuah kereta Mercedes berwarna emas yang membawa mayat Kugan ke balai polis Taipan, Subang Jaya - tempat mendiang ditemui mati.
Mereka merancang berarak sejauh lebih 20km ke tanah perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.
Pengebumian Mendiang Kugan dijadualkan hari ini bermula pukul 1.30 petang di Hospital Universiti. Polis telahpun mengeluarkan amaran menghalang orang ramai untuk menyertainya. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.
9.30 pagi: Helikopter PDRM telahpun berkeliaran di sekitar Petaling Jaya dan Lembah Pantai. Apalah yang akan berlaku hari ini?
02.00 petang: Kira-kira dua ribu orang berhimpun di perkarangan Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya untuk mengiringi jenazah Kugan ke tanah perkuburan di Puchong. Dua daripada empat orang yang ditahan memakai baju bertulis slogan menyokong kumpulan Hindraf manakala alasan untuk penangkapan dua lagi belum dapat dipastikan.
Ratusan anggota polis anti-rusuhan bersenjata gas pemedih mata dan pistol automatik mengadakan kawalan ketat di sekitar hospital itu dan perkaranganya. Jenazah Kugan akan dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya ke Balai Polis USJ 8 sebelum diarak ke tanah perkuburan Hindu di Batu 14 Puchong. - TVAntara
1 comment:
Pengebumian Mendiang Kugan seolah-olah di diiringi tabik hormat oleh pihak polis.Bayangkanlah jika dahulu Kugan dianiaya tapi sekarang fru,polis dan helikopter memberi penghormatan terakhir kepada Mendiang Kugan .Mereka terpaksa seolah-olah mengiringi jenazah Kugan sehingga ke tapak pengebumian .Betapa ironinya.Justice prevails .Kebenaran tidak lenyap di alam bumi.
Post a Comment