Anwar Ibrahim : Kewibawaan Pihak Polis Tercalar
Zuraida Kamaruddin : Kematian Seorang Warga India Ketika Di Soal Siasat…
Malaysiakini : Polis terus siasatan kematian Kugan
Mungkin tajuk diatas boleh dianggap sebagai satu fitnah kepada pihak polis tetapi itulah yang tergambar dalam pemikiran ramai pihak pada masa ini selepas melihat laporan berita malam tadi berhubung kematian A. Kuhan, 23 semasa masih ditahan di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya kelmarin.
Dalam rakaman laporan berita berkenaan, kesan seksaan dibelakang tubuh dan kaki mangsa jelas kelihatan. Bahagian belakangnya penuh calar seperti disebat atau ditoreh dengan benda tajam dan bahagian kakinya hingga ke betis berwarna merah seperti telah dipukul dengan benda keras.
Laporan forensik belum dikeluarkan tapi melihat rakaman mayat mangsa sudah cukup untuk masyarakat membuat spekulasi
Pasukan Siasatan Khas Perlu Ditubuhkan
Polis menjelaskan bahawa mereka mendapat maklumat pada Rabu lepas, bahawa mangsa adalah salah seorang anggota kumpulan yang terlibat dalam kes samun kereta mewah di sekitar Lembah Klang dan Johor.
Hasil intipan polis di kondominium itu, mereka berjaya menahan mangsa yang ketika itu sedang memandu kereta jenis Honda di kawasan berkenaan bersama seorang lelaki berumur lingkungan 30an. Bagaimanapun rakannya berjaya melarikan diri.
Hasil soal siasat terhadap Kuhan, polis berjaya mengesan 15 buah kereta mewah, dua daripada kereta itu ditemui di kondomium berkenaan manakala 13 buah lagi di sebuah gudang di Puchong.
Berdasarkan penemuan itu fakta bahawa mangsa ada kaitan dengan sindiket itu sudah ada tetapi kenapa ia boleh mati dalam lokap pula?
Beliau juga yakin bahawa anaknya itu telah didera kerana terdapat kesan cedera pada tubuh badannya dan bukan disebabkan asma kerana mangsa tidak pernah tidak menghidap penyakit asma.
Justeru itu, Polis kena bersikap terbuka dan memberikan kerjasama bagi membersihkan imej jabatan itu pada pandangan masyarakat. Aduan tentang salah laku dan disiplin anggota Polis perlu diberi perhatian kerana tugas mereka banteras jenayah bukannya buat jenayah dibalik Lokap. Piahak atasan perlu bertindak serius agar tindakan nila yang setitik ini tidak merosakkan imej Polis diseluruh negara.
Tidak semua Polis itu boleh dipersalahkan dalam kes ini tetapi ketua Polis Selangor perlu bijak menangani isu ini agar imej Polis tidak terus terjejas.
Penjenayah memang penjenayah, tetapi Polis bila mereka bersikap seperti penjenayah maka mereka juga boleh digelarkan penjenayah, malah ada yang gelarkan Polis yang biadap sedemikian rupa sebagai ‘Penjenayah Berlesen’.
Semoga Pasukan Polis Malaysia dapat membebaskan diri dari salah laku anggotanya kerana organisasi ini amat penting bagi melindungi masyarakat bukannya menakutkan masyarakat.
Rakyat sokong Polis yang baik & benci Polis yang jahat!!! Diharap keluarga mangsa bersabar dan berilah laluan untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan. - oleh HermanSamsudeen
mStar : Devamany: "Kehadiran kami tidak jejaskan bukti kes kematian suspek"
1 comment:
Apakah ini yang di pinta oleh konsep ISLAM HADHARI.
PENDERAN MANUSIA oleh orang orang yang diamanahkan kuasa. SUNGGUN MEMALUKAN.
Kami dah hilang kenyakinan pada Pasukan PDRM dan kerajaan BN.
Kami rakyat Malaysia beketuruan India akan terus menyokong Barisan Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 kelak.
Post a Comment