
Calon diiringi bersama oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Hj Mustapha Ali dan ADUN Ladang YBM Dato’ Tengku Hasan, hadir disamping untuk memperkenalkan calon, lebih penting lagi bagi memastikan yang semua para pengundi yang berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu agar pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi 17 Januari nanti.
Adalah dianggarkan pengundi berdaftar yang tinggal di Lembah Kelang sahaja sekitar 3,000 lebih. Sudah pastilah jika mereka ini dapat diyakinkan untuk pulang kesemuanya ke KT pada hari mengundi dan mengundi pula calon PAS, insyallah harapan PAS untuk merampas kembali kerusi KT cerah.

Ternyata Haji Wahid memiliki rekod perkhidmatan yang cemerlang dan telah teruji sebagai wakil rakyat yang berperanan dan berjiwa rakyat.
Dalam majlis berkenaan Presiden PAS turut menjelaskan panjang lebar darihal perlunya PAS memenangi kerusi KT disamping menerangkan bagaimana beliau mengambil keputusan memilih Hj Wahid. Rata-rata bukan hanya mereka yang berada di dalam dewan malah semua pihak yang ditemui akur bahawa pilihan PAS yang diumumkan oleh Presiden itu, disenangi dan diterima semua dan lebih utama lagi memiliki harapan besar untuk menundukkan calon lawan.

Kini yang pentingnya adalah untuk memastikan kemenangan PAS. Rakan-rakan dari PKR dan DAP sudah pun memulakan gerak langkah di sana. Bagi mereka yang akur dan mahukan kemenangan PAS/Pakatan Rakyat, semua kita perlu bekerja kuat. Yang ada kawan dan taulan, saudara-mara sebagai pengundi, pujuk dan rayulah meka agar mengundi PAS. Yang mempunyai kelapangan masa bolehlah bertandang ke sana bagi membantu jentera pilihan raya PAS. Dan yang dikurnia Allah swt rezeki dan mahu menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke tabung dana yang disediakan oleh PAS Pusat di CIMB Islamic: ”Tabung Dana Pilihanraya” nombor akauan 1449-0000017-10-4.
Sumber gambar : MSO
No comments:
Post a Comment