13 January 2009

LGE: Dua kali YB untuk Wahid - Malaysiakini

KUALA TERENGGANU, 13 Jan - "Berikan gelaran 2 kali YB kepada calon Pas, Abd Wahid Endut pada pilihanraya 17 Januari nanti," suara Lim Guan Eng tidak jemu kepada pengundi Kuala Terengganu.

"Dulu rakyat di Wakaf sudah menangkat beliau sebagai Adun di sana lima penggal berturut-turut, beliau buktikan kesungguhan di dewan undangan negeri membela rakyat, kali ini berikanlah undi kepada beliau lagi dan menghantarnya berjuang bersama kami di parlimen pula," ujar penuh semangat.

Beliau yang menggelarkan calon PAS sebagai MAWE (singkatan kepada nama Mohd Abdul Wahid Endut) disambut 'riuh' sebentar oleh pemimpin pakatan rakyat yang lain menyeru rakyat memilih seorang yang berjiwa rakyat dan ikhlas menolong rakyat.

Ketika ditanya dalam sidang media di Kuala Ibai semalam berkaitan hukum isu 'Hukum Hudud' yang dimainkan oleh BN, beliau dengan tegas menolak menyatakan isu itu tidak wujud. "Ianya hanya mainan politik BN bagi melarikan fokus pengundi terhadap isu sebenar iaitu ekonomi, harga barang, kemiskinan dan peluang pekerjaan," jelas beliau.

Beliau mengakui wujudnya perbezaan pendapat antara pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi mereka mengambil prinsip musyawarah antara ketiga-tiga parti dan mengambil keputusan bersama.

Hudud bukannya salah satu dasar dalam Pakatan Rakyat, "jadi tidak timbul masalah pertentangan atau berpecah belah dalam Pakatan Rakyat sepertimana BN selalu katakan," tambah beliau.

Beliau melahirkan rasa peliknya terhadap Kerajaan BN menangkap individu dan kumpulan yang berdemonstrasi menentang kezaliman Israel di Semenanjung Gaza .

"Saya tidak kata BN menyokong Israel, tetapi tindakan mereka itu seolah-olah mereka setuju dengan kekejaman Israel," ujarnya di hadapan media.

Lim dengan tegas menyatakan Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihanraya ini sebagai satu pasukan yang menentang BN atas tidak setuju pada pemimpin mereka. Baginya, samada menang atau kalah, pakatan rakyat akan keluar juga sebagai satu pasukan.

BN dilihat semakin berlemah berikutan Umno bahagian USJ 1 yang terdiri daripada cawangan Angsana dan Subang Mewah lumpuh apabila 100 orang ahlinya menyertai PAS selepas menyerahkan borang keahlian yang diserahkan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Hotel 3K Majlis Perbandaran Subang Jaya, di sini semalam.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese