01 January 2009

Kuala Terengganu kerusi ke 83 Pakatan Rakyat - Malaysiakini

Kuala Terengganu – Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi kerusi yang ke 83 bagi Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen apabila PAS mencapai kemenangan pada 17 Januari depan, InsyaAllah

”Sekaligus ini akan menghantar isyarat yang cukup jelas kepada Barisan Nasional (BN) selepas keputusan 8 Mac, rupa-rupanya gerafnya terus menjunam.

”maknanya mesej kepada rakyat, walaupun Perdana Menteri akan menyerahkan tugasnya kepada Timbalan Perdana Menteri, mesejnya kepada rakyat ialah rakyat tetap menolak UMNO dan BN.”kata Pengerusi Biro Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution sewaktu merasmikan bilik gerakan Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata peranan anggota dan fungsi Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) adalah amat penting dalam menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

”Skuad AMK ada tugas tersendiri nanti, sebab itu markaz ini akan menjadi mercu tanda, sepertimana PAS membantu kita (PKR) di Permatang Pauh, begitulah kita menganggap calun PAS adalah calun kita yang bertanding (di Kuala Terengganu),”ujarnya.

Sehubungan itu menurutnya perpaduan Pakatan Rakyat terus kukuh dan beliau baru sahaja selesai bermesyuarat bersama parti DAP dan PAS, berbincang strategi kempen, persiapan jentera dan mengatur program-program berimpak besar menghadapi PRK Kuala Terengganu.

Beliau berkata Pakatan Rakyat telah mengenal pasti beberapa isu nasional dan tempatan sebagai bahan kempen untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Katanya antara isu nasional yang akan dibangkitkan ialah mengenai kemelesetan ekonomi dan kesannya terhadap kehidupan rakyat.

"Isu tempatan pula ialah mengenai royalti minyak yang sepatutnya diberikan kepada Terengganu sejak 2004 hingga 2007, berjumlah RM7 bilion serta masalah penempatan pengundi Cina di kawasan Parlimen berkenaan," katanya dalam sidang media pihak media selepas merasmikan bilik gerakan AMK.

Dalam perkembangan berkaitan, menjelaskan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada hari penamaan calon, Selasa depan kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun, beliau berkata Anwar akan berada di sini bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat bagi membantu calon PAS pada pilihan raya kecil itu sebagaimana laporan Bernama

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akil berkata kira-kira 1,000 anggota parti itu akan 'berkampung' di sini, bagi membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat sepanjang pilihan raya kecil itu.

Turut Hadir adalah Naib Presiden, Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi Perhubungan Terengganu, Wan Rahim Wan Hamzah dan Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa

4 comments:

Bangsa Cina Malaysia said...

there is not a place in this country that is clean tidy and orderly.
rubbish is everywhere from the drain, pavement the market , housing estate whether its the front or back lane, the food court , the industrial area.

apart from all these nonsense the electrical pole , traffic light pole, telephone pole , signboard pole are all in slanting position.

why is it all those majlis perbandaran from the bottom to the top
are not sacked when it is proven they cannot perform all these years.

employ only those who really care about cleanliness and love the environment and reward them dearly.

we voted for change and changes are what we want to see.

Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum,

there is not a place in this country that is clean tidy and orderly.

ubbish is everywhere from the drain, pavement the market , housing estate whether its the front or back lane, the food court , the industrial area.

apart from all these nonsense the electrical pole , traffic light pole, telephone pole , signboard pole are all in slanting position.

why is it all those majlis perbandaran from the bottom to the top
are not sacked when it is proven they cannot perform all these years.

employ only those who really care about cleanliness and love the environment and reward them dearly.

we voted for change and changes are what we want to see.

salam sejahtera

Anonymous said...

Apa pun awas.. pengundi hantu mungkin dah bermukim kat KT.. untuk membuktikan kewibawaan penegrusi SPR baru.. penggunaan dakwat kekal elok dimulakan di PRK KT..

al-brangi Online said...

Syabas adik2ku AMK PKR

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese