09 January 2009

KT: Politik Hudud - Malaysiakini

Politik hudud PAS dan Umno

PAS tidak pernah mempolitikkan isu hudud. Apa yang PAS lakukan adalah menggunakan kekuatan politik bagi menuntut perlakasanaannya. Malah bukan sekadar perlaksanaan hudud tetapi Islam yang memberi keadilan dan kesejahteraan buat semua itulah dasar dan pokok perjuangan PAS.
.
Isu hudud ini sesungguhnya akan terus timbul dalam apa suasana sekalipun selagi ada mereka yang ikhlas berjuang untuk Islam.
.
Tadi TPM yang juga bakal Presiden Umno, Najib Tun Razak ketika diminta mengulas isu ini berkata di Kuala Terengganu:
.
“Tak perlu nak menyekolahkan Umno kerana mereka (PAS)... ini main politik dari mula lagi”
.
Kata Najib lagi bahawa ramai pengundi bukan Islam tidak senang dengan isu hudud yang dibangkitkan oleh PAS. Bagi saya soal samada pengundi bukan Islam senang atau tidak itu masalah PAS, bukannya Umno. Malah Tuan Guru Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa jika ditakdirkan hudud ini dapat dilaksanakan sekalipun ia sekadar diwajibkan ke atas semua umat Islam manakala masyarakat yang bukan Islam punya pilihan.
.
Yang penting sekarang ini adalah apakah pendirian Umno? Apakah sikap Umno? Tolak atau terima hudud?
.
Kalau tolak sila nyatakan terang-terang bahawa Umno tidak dapat menerima hukum Allah ini dan oleh itu menolak perlaksanaan hudud di Malaysia. Sebab isunya adakah pimpinan Umno faham dan bersedia membuat ketetapan atau pendirian berkenaan isu ini. Jika perlukan pemahaman PAS sudah pun menyatakan kesediaan untuk memberikan penerangan.
.
PAS jelas dan konsisten dalam hal ini malah telah pun meluluskan enakmen berkaitan ketika memerintah Kelantan dan Terengganu, Umno bagaimana? Sesungguhnya isu hudud dan apa sahaja berkaitan dengan Islam bukannya tugas dan tanggungjawab PAS sahaja tetapi semua penganutnya. Yang penting jujur dan ikhlas. - Roslan SMS
.

1 comment:

saji said...

Semasa saya belajar bab jenayah di sekolah agama negeri Johor dulu saya tidak mendengar mengenai hukum hudud. Kisas ada. Mungkin saya dah lupa. Tetapi, kalau hukum hudud menceritakan hukum potong tangan bagi kesalahan mencuri, dalam bab jenayah tersebut pun ada menceritakan hukum potongan tangan tersebut. Begutu juga dengan hukum hudud yang lain bagi pemabuk dan penzina.

Atas alsan bunyi hukum hudud itu boleh mempobiakan atau mengeruankan banyak sesetangah orang di negara ini, kenapa tidak istilah hukum hudud itu digantikan dengan undang-undang jenayah Islam?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese