11 January 2009

KT: Muafakat Kukuh Pakatan Rakyat, Tanda Kemenangan - Malaysiakini




Kuala Terengganu - Muafakat kukuh dan utuh melalui persepakatan kerja menghadapi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu merupakan tanda-tanda awal kemenangan Pakatan Rakyat.

”Pendahuluan pilihanraya sehingga penamaan calon, sehingga hari ini telah membuktikan keutuhan Pakatan Rakyat dengan kerjasama yang sangat kukuh adalah kemenangan awal yang lebih penting yang akan kita teruskan,

”perpaduan kita semakin hari semakin kukuh dan kita mengharapkan PRK Kuala Terengganu menjadi satu anjakan paradigma kepada seluruh negara untuk kita membuat perubahan yang seterusnya”,kata Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media bersama Pakatan Rakyat di Markaz Besar Pilihanraya di Kuala Ibai disini hari ini.

Beliau sebelum itu mengalu-alukan kedatangan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang datang untuk turut sama berkempen dalam PRK Kuala Terengganu.

Berucap selepas itu, Lim Guan Eng yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkata beliau datang sebagai pimpinan DAP untuk memberikan bantuan dan berkempen bagi calon Pakatan Rakyat dari PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut.

Beliau yakin dengan sokongan padu parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat akan membuahkan kejayaan kepada calon PAS.

”Saya berharap pada 17 Januari kita akan gelarkan (Wahid) sebagai YB-YB (YB dua kali) dengan kemenangan hasil sokongan dan kerjasama oleh semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat,

Beliau berkata kemenangan tersebut penting bagi Pakatan Rakyat untuk satu perubahan menjelmakan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, bercorak demokrasi dan sebuah kerajaan yang beretika.

Manakala Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS.

”Wahid InsyaAllah akan menang dan kita (PKR) akan bekerja sedata upaya untuk memenangkan beliau,

”sekiranya beliau menang kita akann dapat menunjukkan ’Indeks Prestasi’ (Key Perfomance Index) Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak tidak akan dipenuhi,”ujarnya

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Induk Jentera Pilihanraya PAS Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR Mustafa Kami Ayub dan Calon Parlimen PAS Mohd Abdul Wahid Endut.



No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese