"Dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak penting (relevan) untuk kita."
.
Itulah kata-kata Pak Lah kepada Dr Mahathir, orang yang menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau pada 2003, di Kuala Terengganu.
.
Siasahdaily : Dr Mahathir tidak relevan, kata Abdullah
.
Jelas Pak Lah memberi reaksi kepada kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah pilihan terburuk sebagai calon Umno di Kuala Terengganu. Wan Farid adalah pilihan Pak Lah, itu lah kata Dr Mahathir.
.
Malaysiakini.tv : Dr M: Wan Farid a proxy for Pak Lah
.
Dalam nada yang sama, Pak Lah mengakui bukan Dr Mahathir sahaja yang tak berminat dengan Wan Farid? Ahli-ahli Umno pun tak gemar akan Wan Farid.
.
"Yang peliknya yang lebih-lebih mengata adalah orang kita (Umno), bukan daripada orang pembangkang, (sedangkan) kita perlu pertahankan calon kita." - Kata Pak Lah semasa berucap di hadapan kira-kira 300 pemimpin wanita negeri Terengganu dalam satu perjumpaan dengannya di Kuala Terengganu.
.
No comments:
Post a Comment