Gaya 3: Tanpa mendengar butir percakapan, gaya sahaja sudah dapat meneka apakah nada yang digunakan.
Gaya 4: Tangan disembunyikan di belakang. Seolah-olah rileks sahaja. Dengar macam acuh tak acuh pula.
Buruk sangatkah imej dan perlakuan Wan Farid sehinggakan Pak Lah sendiri terpaksa membela Wan Farid dari imej sombong? Sebelum ini Najib juga telah ke depan membela Wan Farid apabila Dr M mengatakan Wan Farid adalah proksi kepada Pak Lah. MB Terengganu, Ahmad Said sendiri mengakui belum berpuas hati dengan imej Wan Farid setakat ini. Apakah Wan Farid adalah "teruk dan teramat buruk" seperti yang dikatakan tersebut?
Secara peribadi aku tidak kenal siapa Wan Farid. Walaupun tahu Wan Farid adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, namun disebabkan tiada apa yang menarik untuk diteliti tentang dirinya menyebabkan tiada perasaan mahu ambil tahu sehinggalah Wan Farid dilihat beria-ria mahu menjadi calon UMNO bagi kerusi P036 Kuala Terengganu.
Ketika itu imej Wan Farid sudah diperkatakan sebagai sombong, elit dan sebagainya. Ditambah dengan mempunyai pertalian dengan Wan Hisham (abang), imej Wan Farid sudah diletakkan sebagai tercalar sebelum dicalonkan lagi. Namun, kerana kedudukan dan sedikit 'keakraban' dengan Pak Lah mungkin menjadi penyebab kepada kerusi terbabit dicaloninya.
Imej Wan Farid bertambah buruk bilamana PAS meletakkan Hj Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon. Sifat semulajadi peramah dan mudah mesra Hj Wahid telah meletakkan saham Wan Farid merudum lagi. Perbezaan sikap dan kemesraan antara keduanya menyebabkan imej Wan Farid dikatakan terpaksa diperbaiki dan dimolekkan. Maka muncullah pelbagai billboard yang cuba menceritakan Wan Farid adalah comel-comel sahaja layaknya.
Dalam mendengar cakap-cakap awam tentang Wan Farid yang ego, sombong dan elit, aku akhirnya terpaksa akur dan mengakui bahawa cakap-cakap itu ada asas dan kebenarannya. Aku sempat melayari laman web UMNO Kuala Terengganu dan menjumpai gambar-gambar anak bangsawan tersebut. Patutlah dia dikatakan ego, sombong dan elit.
Buruk sangatkah gaya-gaya ini? - amdang81

4 comments:
Assalamualaikum tuan.
Hehehehe...pandai tuan mentelaah 'body language' calon BN di PRK KT.
Amat tidak cerdik Wan Farid menampilkan diri dikhalayak ramai dengan keadaan kelaku tersebut.
Bagi pemerhati yang ada asas menilai peribadi seseorang dengan melihat cara dan gaya seseorang, maka sudah tentu dapat mengagak akan keadaan 'frame of mind' dan personaliti insan tersebut dan apa yang sedang difikirkannya?
Bila letak tangan didalam poket, ada kajian yang menunjukkan bahawa individu tersebut tidak mahu berinteraksi dengan orang yang berdepan dengannya.
Tangan bersilang atau berpeluk tubuh dikatakan menunjukkan sikap individu tersebut tidak mahu langsung memberi ruang kepada sesiapa yang sedang berinteraksi dengannya.
Maka natijahnya imej Wan Farid kini tercalar dan ada kemungkinan artikel ini akan turut menjejaskan kredibilitinya untuk dilantik atau di undi oleh pemilih pemilih di KT.
Wan Farid perlu belajar dari kesilapan sikapnya ini.
Mudah2an kesekelian calon calon yang mahu bertanding didalam pilihanraya umum atau kecil akan belajar dari kesilapan sikap saudara Wan Farid ini jika mahu peluang mereka lebih cerah?
Artikel yang membina dan boleh membantu sesiapa sahaja yang lain supaya bersikap lebih jujur dan ikhlas jika mahu berkhidmat untuk rakyat?
itu gaya UMNO, ketuanan UMNO lah. rakyat hamba mereka.
Nampaknya Wan Farid begitu hebat sehingga tidak ada isu tentang dirinya. Oleh kerana tidak ada isu tentang dirinya, bahasa badan beliau terpaksa digunakan oleh PAS untuk menjelaskan tentang diri Wan Farid. Kalau dahulu mereka meletakkan gambar yang sipi-sipi beliau berkaraoke dengan seorang perempuan, kini seluruh badannya akan menjadi pertaruhan untuk mengalahkan calon BN ini. Nampaknya setakat ini bolehlah disimpulkan yang PAS tiada isu besar untuk menyerang calon BN ini. Nampaknya ini petanda awal yang calon BN itu akan menang dalam PRK KT.
Saudara, perasan tak dia pakai BOOT di gaya 3 dan 4? Pengiringnya pun sama. Jijik sangat ke tanah Kuala Terengganu? Macam mana nak bersama rakyat?
yb4all
Post a Comment