14 January 2009

KT: Debat Wahid Vs Wan Farid - Malaysiakini


MAMPAT menyambut baik berita penyerahan cek royalti bernilai 408.6 juta pada 12 Disember 2008 lalu oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Terengganu. MAMPAT percaya, penyerahan cek tersebut adalah sangat ditunggu-tunggu dan amat menggembirakan rakyat Terengganu yang telah sekian lama dinafikan hak, bilakah Royalti akan dipulangkan.

Mendapatkan kembali Royalti adalah sebahagian dari komitmen, iltizam dan perjuangan MAMPAT. MAMPAT sebelum ini telah beberapa kali mengadakan program bagi mengembalikan Royalti seperti Konvensyen Royalti, Kempen Kembalikan Royalti Minyak dgn Moto : ” Kembalikan Hak dan Maruah Rakyat Terengganu ”, Kempen Mendapatkan tandatangan 100 000 rakyat Terengganu, Membuat laporan Kepada BPR, Menghantar Memorandum kepada KDYMM Sultan Mizan, Perdana Menteri, Menteri-kmenteri Besar dan lain-lain Yang merupakan Hak Rakyat Terengganu itu dipulangkan. Alhamdulillah kini, perjuangan itu hampir menampakkan hasilnya.

MAMPAT bagaimanapun merasa sedikit terkejut dan kecewa apabila Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said menyatakan Terengganu akan menarik kembali saman Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat berkenaan isu Royalti (Buletin Utama, 10 Januari). Bagi MAMPAT, penarikan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar memandangkan isu ini belum selesai sepenuhnya. Bagi MAMPAT, kepercayaan dan keyakinan hanya akan terjawab apabila Royalti benar-benar telah dikembalikan sepenuhnya HAK PENGURUSAN kepada Kerajaan Negeri.

MAMPAT juga merasakan, penerimaan cek RM 408.6 juta tersebut adalah amat sedikit dan masih jauh dari jumlah sepatutnya berjumlah RM 6.218 billion iaitu tunggakan bermula tahun 2000. Bayaran terus oleh Petronas kedalam akaun Kewangan Kerajaan Negeri pula hanya akan berlaku mulai Mac 2009.

MAMPAT juga difahamkan bahawa sebanyak 700 juta wang royalti minyak telah digunakan kerajaan Pusat untuk membina rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri lain. 800 juta lagi, dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di negeri lain, selain Terengganu. – dituntut kembali)

Keduanya, menerusi Akhbar Ganu Kite (Edisi Khas PRK P036) dimaklumkan sebanyak RM 6.12 billion sudah dimasukkan ke akaun Kerajaan Negeri sejak tahun 2000 (jumlah termasuk cek RM 408.6 juta). Kenyataan ini dilihat sebagai suatu kenyataan yang sangat-sangat mengelirukan.

Memandangkan isu Royalti masih disebut-sebut dan wang berkenaan masih di awang-awangan, MAMPAT merasakan isu ini sewajarnya diperjuangkan sehingga ianya benar-benar selesai.

MAMPAT kira adalah lebih baik untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin. Untuk menjernihkan keadaan tersebut, MAMPAT berdiri untuk menyelesaikan permasalahan dengan menganjurkan satu Debat Royalti untuk memberi peluang kepada BAKAL MP kita di Kuala Terengganu untuk menjelaskan pendirian masing-masing dan memperjelaskan isu yang sebenar dengan tepat dan jitu.

Debat yang dianjurkan MAMPAT akan dibuat seperti berikut;

Tarikh : 15 Januari 2009, Hari : Selasa

Masa : 8.00 – 11.00 malam

Tempat : Terengganu Equestarian Resort ( TER ), Kuala Ibai

Ahli Panel Cadangan :

i. Yang Berbahagia Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh

ii. Yang Berhormat Hj Abdul Wahid Endut

Pengerusi Debat : Dato’ Paduka Prof. Mohamad Abu Bakar

Tajuk Debat : ROYALTI : ANTARA HAK DAN MARUAH RAKYAT TERENGGANU.

Terengganu Kita, Hak Kita Bersama

wassalam

Mohamad Fauzi bin Abu Samah

Pengerusi

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese