Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis menyaman seorang pelajar pondok yang memakai serban kerana tidak mahu perkara itu menjadi trend di kalangan pelajar terutama pelajar sekolah agama.
Kepada Musa Hassan saya nasihatkan elok bertaubat dengan ucapan yang dibuat, memakai serban adalah sunnah bukan trend atau fesyen yang disengaja diada-adakan. Kita tak nak pakai serban tak ada masalah, buat dapat pahala tak buat tak mengapa. Tetapi kalau memperlekehkan sunnah nabi....dengan menganggap satu trend adalah sama seperti menghina agama Islam.
Para mufti tolong nasihatkan sedikit ketua polis negara ini, jangan cakap ikut sedap mulut dan logik akal sahaja! Nak saman pun samanlah, tetapi ucapan yang seperti mengina sunnah Nabi SAW sesuatu yang sama sekali tidak boleh diterima.
KL:Tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok di Kota Bharu, Kelantan yang tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal bagi mengelak wujudnya trend pelajar sekolah menjadikan alasan sama untuk tidak memakai topi keselamatan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.
Beliau berkata, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. / Utusan
3 comments:
Aku dah lama menyampah dengan mamat yang sekor ni. bila agaknya nak p mampuss. Ingat kes DSAI dulu, sapa yang memainkan peranan yang maha penting dalam pembikinan bukti palsu? Sapa yang mengangkut tilam terhegeh-hegeh masuk mahkamah?Dia nilah..sebab tulah dia takut sangat dengan PR, takut kalau DSAI menang dan jadi PM nanti, dia yang dulu masuk penjara!
Untuk tidak memalukan umat Islam di negara ini, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu segera bersidang untuk mengeluarkan fatwa hukum memakai serban ketika menonggang motosikal.
dah berapa ramai pemuda yang paka serban ni pecah kepala eksiden motor???
kalau yg pecah kepala tapi pakaitopi keledar pernah la aku dengar,
Post a Comment