30 January 2009

Ayuh Rakyat Malaysia, Jom Bantah ! - Malaysiakini

Kenyataan Media Ketua Penerangan DPP Pusat

Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri khususnya di bawah Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri dipohon memperbanyakkan usaha untuk membangkitkan kesedaran rakyat mengenai kesan buruk kepada Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Dewan Pemuda PAS harus mencari pelbagai mekanisma untuk menjayakan Himpunan 100 Ribu pada 7.3.09 jam 2 petang di Istana Negara. Suatu Himpunan yang menyamai Himpunan Bersih 2007. Walaupun perjuangan ini dipelupori oleh pejuang-pejuang bahasa tetapi sumbangan Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri sangat-sangat diperlukan untuk menjayakan himpunan ini. Antara aktiviti yang boleh di adakan adalah seperti berikut :

1. Ceramah umum di peringkat pemuda PAS Kawasan-kawasan.
2. Pertemuan dengan guru-guru, PIBG, pejuang-pejuang bahasa dan tokoh-tokoh pencita bahasa.
3. Dialog-dialog.
4. Hit & Run
5. Pengedaran risalah.
6. Forum
7. Serahan memo kepada sekolah-sekolah
8. Perjumpaan dengan ibu bapa pelajar sekolah dan lain-lain lagi.

Dewan Pemuda diperingkat negeri harus mengambil pendekatan yang lebih kreatif untuk mengembeling seluruh agensi-agensi dalam dan luar dewan pemuda untuk menjayakan himpunan ini. Dewan Pemuda di peringkat kawasan-kawasan harus digembelingkan untuk menjayakan himpunan ini. Saya cukup optimis akan kejayaan himpunan ini kerana bebarapa faktor. Pertama, momentum yang baik dikalangan rakyat ekoran kejayaan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bota. Kedua, paradigma rakyat sudah terbuka untuk berhimpun ekoran kejayaan Himpunan 100 Ribu Bersih yang telah belangsung dalam suasana aman di Istana Negara. Ketiga, isu bantahan PPSMI ini telah berlangsung selama 6 tahun dari tahun 2003-2009. Oleh itu terlalu ramai rakyat sudah tidak tahan lagi dengan penderitaan yang telah diterima. Keempat, sokongan yang padu daripada pejuang-pejuang bahasa, ahli-ahli politik dan NGOs. Kelima, kesan kerosakkan dasar PPSMI lebih meluas dirasai oleh rakyat dibandingkan dengan salahgunakuasa dalam pilihanraya yang lebih terkesan kepada orang-orang politik sahaja. Tentulah rakyat lebih ramai daripada orang politik dan pengikutnya.

Walaubagaimanapun satu kekangan yang ada dihadapan adalah masa. Ini kerana tempoh masa untuk mobilasi hanyalah lebihkurang 2 bulan sahaja. Dalam tempoh masa yang singkat inilah Gerakkan Memansuh PPSMI (GMP) terpaksa memanfaatkan segala peluang yang ada. Jika semua pihak boleh berperanan dengan pantas dan berkesan. Insya-Allah himpunan ini bakal mencatatkan sejarah besar dalam negara, dimana pembelaan terhadap Bahasa Melayu dan bahasa ibunda dapat dijayakan dinegara ini. Terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkannya. Kegagalan himpunan ini boleh menyebabkan kemunduran akademik anak-anak bangsa khususnya di luar bandar. Tentulah Dewan Pemuda PAS tidak mahu melihat kerosakkan ini akan berlaku pada masa akan datang.

Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Pusat
H/P : 019-7285174
http://kentong-suhaizan.blogspot.com

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese