07 January 2009

Anwar Berkempen Untuk Wahid Endut - Malaysiakini

SEPERTI mana dijanjikan Anwar Ibrahim telah turun berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pas, Abdul Wahid Endut di pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Kedatangan Anwar itu membuktikan apa yang dinyatakan sebelum ini benar dan menjelaskan Anwar bukan seorang yang menyimpan dendam politik di hatinya.
.
Umum tahu semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lalu para pemimpin Pas Terengganu tidak memberi sokongan sewajar kepadanya. Keadaan itu menampakkan semacam Pas tidak senang hati dengan Penasihat PKR itu..

Bukan itu saja pandangan peribadi Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali mengenai projek 16 September yang digagaskan Anwar seolah-olah memperkecilkan usaha Anwar itu. Bermula dari kenyataan Mustafa itu juga pemerhati melihat ada semacam ketidaksefahaman antara kedua mereka..

Bertolak dari itu ada orang mengira Anwar tidak akan mencemarkan duli untuk membantu calon Pas pada pilihan raya berkenaan. Pihak Umno tentunya orang yang bergembira kalau Anwar mengambil sikap 'memulaukan' pilihan raya itu kerana tindakan Anwar itu akan menguntungkan dan dijadikan isu berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat.
Tetapi apabila Anwar berada di Terengganu dan turut berkempen ia menggambarkan sikap gantleman politik yang diamalkan Anwar yang memang tidak ada tolak banding. Malam semalam Anwar telah berceramah bersama Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Abdul Hadi Awang dalam ceramah perdana di Kampung Tanjung Kampung..

Hari ini beliau telah merasmikan pejabat PKR Kuala Terengganu dan sekaligus turut berkempen untuk Abdul Wahid Endut. Beliau juga dilihat berjalan seringan dengan calon Pas itu.
Sudah tentu dengan kehadiran dan komitmen Ahli Parlimen Permatang Pauh ia memberi petanda bahawa pilihan raya itu bakal dimenangi oleh Pas. Dan apa yang pentingnya diharap dengan pilihan raya itu juga perselisihan pandangan antara Mustafa Ali dengan Anwar yang berlaku sebelum ini akan sembuh. - MSO

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Tidak ada sesuatu yang pelik pun ( mencemar duli...perghhhhhhh...sikit punya bodek dan melampau, nate mu ) jika Anwar terpaksa turun berkempen kerana anwar lebih memerlukan PAS dari PAS memerlukan Anwar, sifir simple ini pun penyokong PAS tak tau..bahkan dalam ketika Lim Eng Guan dan karpal mengkritik secara terbuka ke atas Anwar, dia memang memerlukan perlindungan dan sokongan PAS.

Tanpa Anwar turun, apakah PAS ragu ragu untuk memang pilihanraya kecil kali ini. PAS sudah lupakah bahawa jin dan syaitan pun kali ini akan turut turun membantu calon PAS seperti musim2 pilihanraya yang lalu.

Anonymous said...

Ini lah sikap terbaik bagi seorang pemimpin. Tidak semesti nya dia ketua apa yang di cakap mesti di patuhi. Perbezaan pendapat adalah sesuatu amalan yang baik dalam menghormati hak sesorang dan bukan macam UMNO yang bongkak dan semua mesti ikut cakap Najib sahaja ataupun main wayang kulit takut nak buat keputusan.
Undi lah PAS dan buang BN/UMNO ke laut cina selatan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese