20 January 2009

Antara Undang-undang dan Sunnah Nabi - Malaysiakini

Seorang pelajar pondok, Ahmad Nasir Darus memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Ahmad Nasir memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Kes ini menyebabkan saya tertanya-tanya salah ke pakai serban masa bawa motor? Masa kat universiti dulu saya biasa pakai serban bila jalan-jalan sekitar bandar Geogetown dan keliling Pulau Pinang dengan menunggang motorsikal. Malah saya masih ingat lagi dalam Muktamar Pas di Masjid Rusila Terangganu pada tahun 1995 saya memakai serban sepanjang perjalanan masa bonceng motorsikal Yamaha RXS dari Marang Terangganu sampai ke Pulau Pinang! Saya dan rakan melintasi beberapa sekatan jalan raya, tapi polis tak tahan pun!

Adakah sebabnya polis tersebut menganggap saya lebai ketika itu? Mungkinkah juga polis tu penyokong Pas? Mungkinkah juga polis tersebut keturunan pak lebai?

Kes ini membuktikan bahawa sistem perundangan negara kita yang berdasarkan Pelembagaan Lord Reid mempunyai kepincangan yang nyata.

Saya yakin isu ini akan menjadi polemik dan perdebatan. Isu ini bakal menimbulkan pertikaian jika tidak diperhalusi dengan baik lebih-lebih lagi bagi mereka yang emosional.

Apa yang berlaku adalah berpunca tidak ada satu peruntukan yang jelas dalam sistem perundangan negara berkaitan dengan Akta keselamatan jalan raya yang tidak satu penjelasan dan peruntukan bagi mereka yang memakai lebai/serban apabila menunggang motorsikal.

Siapa lebai dan siapa tidak lebai? Mampukah sebenarnya mahkamah menjelaskannya?

Kadang-kadang saya pun tertanya-tanya bagaimana hakim boleh membuat keputusan orang ini lebai atau tidak? Adakah alasan penghakiman majistret boleh diketahui umum dalam kes ini?Adakah selepas ini bagi mereka yang memakai serban terpaksa tanggalkan serban bila menunggang motorsikal? Bagaimana pula dengan kaum lelaki berbangsa singh yang memakai turban? Perkara ini mesti dijelaskan kepada umum supaya tidak timbul kekeliruan dan pertikaian yang lebih besar pada masa akan datang.

Apa yang pasti jika mahkamah yang lebih tinggi mengekalkan hukuman denda atau penjara dalam peringkat rayuan nanti, ini merupakan satu hari malang bagi umat Islam yang prihatin.Kes pertama seumpama ini pasti akan dijadikan rujukan pada kes-kes yang ada persamaan pada masa akan datang.

Menyedari kepincangan yang berlaku ini, sewajarnya umat Islam terutamanya, kembali kepada sistem perundangan Islam yang sebenar yang tidak terhad hanya hudud sahaja tetapi ada qisas,diat dan takzir.Apa yang pasti sistem perundangan Islam yang terbaik dan lebih adil dan saksama kepada sesama manusia.

1 comment:

Anonymous said...

betul!!! hanya islam yang terbaik. itu lah sebabnya PAS kena keluar dari pakatan rakyat dan perjuangkan ketuanan islam bukannya bersekongkol dengan DAP dan PKR yang perjuangkan ketuanan rakyat. lihat apa dah jadi sekarang... PAS umpama pondan tua yang langsung tak boleh bersuara bila DAP tidak mahu amalkan hudud dan DAP juga hina hudud kata Hudud tak sesuai dilaksanakan. PAS hanya mampu salah kat UMNO sebab tak laksanakan hudud di mana dari zaman datuk nenek lagi kita dah tahu yang UMNO ni perjuangkan dan pertahankan ketuanan melayu. ketuanan islam adalah perjuangan PAS dari dulu lagi tapi sekarang PAS macam PONDAN!!!!!!! aku cadangkan PAS gugurkan nama islam mungkin boleh guna nama Parti Pondan Tua (PPT). UMNO tetap dengan prinsip dan pegangannya begitu juga dengan DAP tetap perjuangkan ketuanan rakyat atau hak samarata atau malaysia malaysian tapi yang berubah adalah PAS dari ketuanan islam kepada ketuanan rakyat atau malaysia malaysian. dari kerajaan islam kepada kerajaan kebajikan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese