15 December 2008

Usul Tergempar Sidang DUN Terengganu - Malaysiakini

Kuala Terengganu – Mesyuarat Yang Ketiga (Bajet )Penggal Persidangan Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 12 (Sidang DUN Bajet) yang dimulakan sekitar jam 9.30 pagi ini (14 Dis) menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam membentangkan satu Usul Tergempar.

YB Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Bendahari PAS Terengganu telah mengemukakan Cadangan dibawah Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu berkaitan perkara yang mustahak bagi orang ramai.

Beliau yang telah mengemukakan usul tersebut jam 11 pagi menyatakan satu cadangan kepada kerajaan negeri Terengganu supaya menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menyediakan Kertas Putih – Laporan Perbelanjaan Dan Kajian Projek-projek Dana Khas Kerajaan Persekutuan di Negeri Terengganu dari Tahun 2000 - 2008

Beliau yang ditemui Buletinonline pagi ini, sejurus sebelum Sidang DUN bermula berkata, tujuan beliau mengemukakan usul tersebut supaya kerajaan negeri dapat membuat satu ‘Kertas Putih’ berkaitan Perbelanjaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan di Negeri Terengganu untuk rakyat menilai fakta yang sebenarnya.

“Saya akan bentang pagi ini, mungkin ia akan ditolak, kerana Sidang Dewan Undangan Negeri sibuk untuk bajet belanjawan, “minta supaya kerajaan kaji supaya ada pasukan, setiap satu berkaitan perbelanjaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan di negeri Terengganu, supaya ada ’kertas putih’,”katanya.

Beliau berkata dengan itu kerajaan boleh menubuhkan satu pasukan bagi mengkaji satu persatu berkenaan projek-projek yang telah dilaksanakan melalui perbelanjaan dana khas kerajaan persekutuan.

”Sebagaimana yang disebutkan oleh Menteri Besar, ada projek-projek yang diluluskan sebelum ini yang tidak melalui kerajaan negeri, misalnya jalan yang dibuat dalam hutan bernilai jutaan ringgit dan lain-lain lagi,”tambahnya.

Dibawah disiarkan salinan usul tergempar yang dikemukakan oleh ADUN Wakaf Mempelam.


No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese