Apabila menonton berita tv3 malam ini yang menyiarkan seorang penduduk (TUMIRAN MOHD KASDI) marah-marah pada YB Azmin Ali, tahap simpati aku kepada segelintir mangsa-mangsa disana makin menurun dan timbul pulak rasa meluat dan menyampah.
Sambil mengamuk dan marah marah sempat lagi membebel@perli yang RELA dan ASKAR tak tolong bini dia angkat KOTAK, dia mendakwa petugas hanya duduk makan kat khemah saja.
Orang kaya dah biasa hidup senang…kena sekali-sekala jadi susah mula lah tak tentu arah dan bercakap pun macam orang gila.
Patut nya mamat yang macam ini perangai nya, suruh dia tengok video klip atau photo-photo perobohan penempatan di Kampung Berembang, Ampang, supaya dia insaf sikit atau mengapa tidak rumah mamat ini pun kena timbus juga, supaya tak payah lah bini dia susah-susah nak angkat kotak untuk berpindah, maka tak payah lah dia nak marah-marah orang lain.
Mamat ni tak tahu ke bahawa ada beribu lagi penduduk yang terlibat dalam perpindahan tersebut. Bersabar lah sikit, apakah bila dia mengamuk begitu, pasukan petugas akan terus membantu dia. Aku rasa mamat ni akan di ‘mark’ dan akan disisihkan.
gambar hiasan- Jentolak meroboh surau Kg. Berembang 30 Nov.2006
Pada pendapat aku, penyiaran footage itu pun mempunyai maksud terselindung, mungkin untuk memalukan YB Azmin Ali. Footage itu disiarkan agak lama, mungkin mengharapkan Y.B Azmin pulak naik angin sebab kalau aku memang dah kena penampar dah mamat tu. Oleh kerana lama nya footage itu, kita pun dapat dengar apa yang dimarahkan nya. Nasib baik YB Azmin bersikap Profesional. Cuba kalau yang dimarahkan itu YB dari BN, paling tidak pun mamat itu akan diseret ketepi dan mungkin akan di tampar atau lebih malang lagi akan ditangkap atas alasan menimbulkan kekacauan.
Kepada Y.B Azmin Ali, anda telah melakukan yang sepatut nya dan aku berbangga dengan anda. TV3 memang tidak boleh diharap, terlalu nampak sangat bias nya. Setelah kena maki hamun, aku tunggu juga kalau-kalau TV3 minta komen Y.B Azmin, tapi haram tak ada. Yang ada cuma komen TYDP Ampang Jaya (kalau tak silap).Itu pun kejap sangat, 5 saat adalah kot. - Ahmad Tarmizi
Pyanhabib : catatan dari `international hill'
5 comments:
Si Mamat tu dan TV3 memang kurang ajar!
Saya pun rasa Si Mamat ini tidak perlu bantuan kami or bantuan kerajaan dengan kelakuannya sebegitu.
ADATLA JADI PEMIMPIN..KENE MAKI KENE HAMUN..KENE FITNAH TU BIASALA..APELA KORANG NAK HERAN..
Kenapa Si Mamat tu tak maki kerajaan dulu, semua ni mereka yg punya angkara..kan mereka yg luluskan semua projek perumahan lereng bukit ni..bak kata pepatah, orang lain yg makan nangka, orang lain yg kena getah.Kesian..
Dari awal lagi aku x rasa kesian pun dekat penduduk2 yang terlibat. aku pernah kesan,penduduknya sombong, orang lelaki kalau nak tumpang tanya kena datang datang kereta besar, kalau tak... bolayan... tak setaraf, suara kita pun depa x mo dengar.
orang pompuan pulak kalau nak bertanya kene pakai seksi2, kalau yang pakai tudung n baju kurung, depa ingat nak mintak sedekah.
jangan salahkan pemaju sebab pemaju tu peniaga... adat peniaga, depa tau fikir untung je. keselamatan belakang kira.
nak salahkan KERAjaan? pun tak boleh, sebab KERAjaan dah janjikan "kemajuan" tapi tak janjikan "keselamatan".
salahkan penduduk yang hanya fikirkan "status" diri tanpa fikir "keselamatan" diri.
bukan depa tak tau kawasan tu x selamat.
bukan depa tak tau tragedi highland tower yg jaraknya tak sampai 1 km dr situ.
depa tau semua tu... tapi depa lupa... sebab depa ber"satatus" tinggi depa lupa...
lupa pada kuasa Allah.
sampaikan bila ditimpa bencanapun depa lupa nak bersyukur kepada Allah sebab nyawa mereka tak diambil sama.
depa angkuh... depa lupa yang paling berharga ialah nyawa dan bukannya harta benda.
sebab tu depa skang tengah sibuk menuding konon semua dikeliling depa tu salah.
korang bleh bercakap ape yg korang nk. Korang nk kesian atau kat dorang di bukit antarabangsa tu hak korang. Cuba bayangkan kalu rumah korang plak yg ranap.....
Post a Comment