thestaronline.tv : Massive landslide kills 3
Dijangka Lebih Banyak Mangsa Terlibat
AWAL pagi tadi negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang melibatkan Taman Bukit Mewah dan taman berdekatan. Tragedi yang berlaku jam 4:30 pagi itu menyebabkan 14buah banglow dan rumah mewah ranap. Dipercaya ramai penghuni yang tertimbus di bawah runtuhan berkenaan.
Sehingga kini tiga mangsa telah ditemui mati, seorang wanita bersama anaknya dan seorang bangsa India yang masih belum dikenali.
Menurut pihak polis seramai lapan orang mangsa dikatakan belum ditemui dipercayai berada di bawah runtuhan.
Manakala seramai lebih 90 mangsa terselamat dan 11 mengalami kecederaan. Mangsa tragedi itu kini sedang diuruskan untuk ditempatkan di kediaman sementara.
Jam 10:30 pagi saya bergegas ke tempat kejadian. Orang ramai berpusu-pusu ke tempat kejadian untuk menyaksikan dari dekat kejadian itu. Ekoran itu berlaku kesesakan di semua jalan menuju ke kawasan kejadian.
Dari atas Jalan Wangsa 9, sebahagian lokasi kejadian itu nampak jelas di mana runtuhan tanah meranapkan semua sekali rumah atau banglow yang dibawahnya.
Keadaan tanah yang runyai dan pokok kayu bertaburan tidak ubah seperti gempa bumi yang menimpa di Yogjarkata tahun lalu.
Ketika ini pasukan penyelamat terdiri daripada bomba, askar dan polis sedang bertungkus lumus berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang masih tertimbus.
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, ahli Parlimen Gombak, Mohamad Azmin Ali dan Adun Ulu Kelang, Saari Sungip antara pemimpin politik yang awal tiba di tempat kejadian dan masih berada di tempat kejadian menguruskan mangsa yang terlibat.
Pada masa ini Azmin sedang mengikut taklimat untuk memindahkan mangsa ke kediaman sementara. Azmin dikatakan berada dilokasi sejak jam 6 pagi lagi.
Menurut seorang saksi Datuk Amir yang kebetulan lewat tengah malam tadi berada di kawasan sekitar kejadian tidak ada tanda-tanda menunjukan berlaku tanah runtuh memandangkan tidak ada hujan yang turun.
Tanah runtuh berkenaan menurutnya melibatkan sebuah bukit kecil di situ yang berhadapan dengan sebatang jalan. Kini jalan berkenaan tertutup langsung menyebabkan semua penduduk di sekitar kejadian terputus hubungan. Kemudahan air, eletrik juga terputus sama sekali.
Dalam pada itu desas desus mengatakan kejadian itu melibatkan Setiausaha Politik, Abdullah Ahmad Badawi, Tajuddin Wahad yang mana rumahnya turut sama ditimpa adalah tidak benar. Tajuddin dikatakan terselamat kerana semalam beliau tidak berada di rumah dan ketika ini berada di Singapura.
"Tidak.... setahu saya Tajuddin semalam berada di Singapura, tetapi rumah beliau memang terlibat," begitu jelas Amir.
Sementara itu kebanyak rumah yang ditimpa rutuhan itu kebanyakannya kepunyaan elit Melayu. Kebanyakan penguhuni tiada di rumah kerana kebetulan cuti Hari Raya Aidiadha.
Kejadian malang itu merupakan kali kedua selepas tregedi keruntuhan Highland Tower kira-kira lebih 15 tahun lalu yang mengakibatkan 48 mangsa terkorban. - MSO
Malaysiakini :
4 terbunuh, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Landslide tragedy: 4 killed, more buried
Harakahdaily : Tanah runtuh: Lebih 3,000 diarah pindah
1 comment:
Please visit Block B at Lake View Apartment, Pandan Perdana. Just walk up the stairs and look at the cracks, be it on the walls or on the floor! If this building collapses one day, who will take up this responsibility of people dead/injured? The Irresponsible Developer? MPAJ? The YB? WHO???
Until this day, I am yet to get an answer. I have also written to MPAJ, Exco of Land & YB for my area. It seems to me that the person who is having the last laugh is the developer. I am sure they will still drive to work with their Mercedes it they do decide on settling this issue.
I just cannot understand what is the "FORCE" behind this rational - A government officer who can make the right decision to help the people who are victims of irresponsible developers but instead prefer to take another cause of action
Why protect the irresponsible developer party when they can do the alternative?
Anyone who are victims of abusive developers, please tell us your story
Jackie
Post a Comment