01 December 2008

Terengganu: Berwaspada Menghadapi Banjir Yang Lebih Buruk - Malaysiakini

SEKUMPULAN kanak-kanak bermain air banjir dari limpahan Sungai Besut sehingga menyebabkan beberapa batang jalan besar di bandar itu ditenggelami air banjir.

Terengganu – Seluruh penduduk negeri ini diminta berjaga-jaga dan berwaspada berikutan amaran banjir yang akan menjadi lebih buruk di Pantai Timur berikutan amaran hujan lebat peringkat jingga yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia semalam.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata demikian ketika dihubungi selepas melawat mangsa kebakaran di Kampung Tepoh dekat sini semalam.

Belia berkata hujan lebat yang turun baru-baru ini adalah hanya peringkat awal, belum lagi masuk musim tengkujuh yang sebenarnya.

“Ia baru peringkat awal, hujan akan turun lagi dan dimaklumkan akan lebih lebat dan panjang dari sebelum ini,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan supaya ibu bapa mengambil perhatian dan menjaga keselamatan anak-anak dan memastikan mereka tidak bermain air banjir berhampiran dengan sungai.

Selain itu beliau berharap bagi mereka yang tinggal di kawasan yang selalu dinaikki air akan sentiasa bersiap sedia,

“Ambil tindakan awal, kemaskan barang-barang dirumah, apabila kelihatan hujan tidak henti-henti dan air mula naik, jangan berlengah dan pergi ke pusat-pusat pemindahan dengan segera,”ujar beliau.

Sementara itu, bilik gerakan banjir negeri melaporkan sehingga semalam seramai 2,789 mangsa di negeri ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, namun seramai 711 penduduk di empat daerah masih berada di pusat-pusat pemindahan.

Menurut jurucakapnya jumlah berkenaan semakin berkurangan berbanding 3,500 orang yang ditempatkan di pusat-pusat berkenaan sehingga pukul 10 malam tadi.

Menurutnya, kesemua mangsa ditempatkan di 24 buah tempat pemindahan iaitu 287 di Besut, Setiu (143), Hulu Terengganu (sembilan) dan Marang (272).

Beliau memberitahu, empat jalan masih ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air iaitu Jerteh-Hulu Besut, Pengkalan Berangan-Pulau Kerengga, Jalan Sungai Tong-Pelong dan Jalan Matang-Kuala Telemong serta laluan Permaisuri-Hulu Seladang.

Bernama-TV:
Banjir Di Terengganu Dan Kelantan Semakin Buruk, Di Pahang Tidak Berubah
Utusan : Amaran banjir buruk di Pantai Timur

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese