Sidang media selepas pelancaran gerak kerja Piliahn raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas Kuala Ibai.
Dato’ Razali ‘Pergi’ Bawa ‘Tuah’ Kepada Mat SaidKuala Terengganu - Kematian mengejut Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Allahyarham Dato’ Razali Ismail yang rebah ketika sedang bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada 28 November lalu rupa-rupanya membawa ‘tuah’ kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said
Ini kerana, kematian tersebut menyebabkan satu Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen tersebut dan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pengundiannya pada 17 Januari 2009 depan.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak segera mengistiharkan bahawa wang royalti Petroleum Terengganu sebanyak RM408.600 juta akan dikembalikan sepenuhnya kepada kerajaan negeri.
Menurutnya, wang tambahan sebanyak RM408.6 juta itu adalah dari perolehan baki akaun pembayaran royalti tahun 2007 dan 2008 yang belum diserahkan sebelum ini.
“Hari ini wang royalti akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri Terengganu dan selepas ini tidak timbul lagi isu wang royalti di kalangan rakyat.
“Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengembalikan semula wang royalti itu terus kepada Terengganu dan bukan lagi sebagai ‘wang ehsan’, ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bayaran Royalti Minyak Separuh Ke-2 Tahun 2008, di Stadium Negeri, dekat sini, semalam.
Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali menyifatkan pemberian royalti tambahan sebanyak RM4.8 juta itu disaat akan diadakan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu sebagai sebuah lagi drama politik bagi memancing undi.
Beliau menegaskan pemberian tersebut adalah tidak masuk akal kerana Kerajaan Persekutuan masih belum melunaskan jumlah pembayaran royalti sebenar yang sepatutnya diperolehi oleh Terengganu.
“Ini permainan politik saja, kalau yang induk ‘doh’ (sudah) bayar baru boleh kita kata bayaran tambahan tetapi yang induk pun belum dijelaskan macam mana ‘nok’ (hendak) tambah lagi,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, 11 Disember lalu.

No comments:
Post a Comment