SEKURANG-KURANGNYA dua orang ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan mereka kepada Abdullah Ahmad Badawi supaya terus mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri selepas Mac depan.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika membahas rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Parlimen pagi ini menjelaskan Perdana Menteri tidak perlu merasakan terhalang oleh pelan peralihan kuasa dalam Umno Mac depan untuk membawa perubahan dalam bidang kehakiman.
Menurutnya, rang undang-undang berkenaan perlu dibahas atau disediakan dalam keadaan tidak tergesa-gesa dan bukan kerana dibatasi oleh suasana tertentu.
Menurutnya ada beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam rang undang-undang berkenaan bagi menyempurnakannya. "Bagi saya rang undang-undang tidak berapa lengkap kerana ia dibuat kerana semacam ingin mengejar sesuatu," jelasnya.
"Saya berharap Perdana Menteri tidak merasa terhalang oleh apa-apa keadaan untuk melakukan refom dalam undang-undang atau apa-apa reform lain," tegasnya lagi dalam memberi sokongan kepada Perdana Menteri.
Menurutnya beliau memberi jaminan sekiranya Perdana Menteri itu ingin membawa perubahan, reform, pembangkang akan memberi sokongannya dalam Parlimen.
Pandangan Tian Chua itu disokong oleh ahli Parlimen, Balik Pulau Pinang, Yusmadi Yusuf yang mengharapkan Abdullah tidak akan berudnur pada Mac depan.
Kata Yusmadi rang-rang undang itu juga perlu mendapat pandangan semua pihak dan mereka yang akan dilantik menjadi ahli jawatan kuasa dalam beberapa jawatan berhubung perkara itu perlulah diambil dari semua pihak baik kerajaan dan pembangkang.
Pandangan kedua ahli Parlimen itu menjelaskan pembangkang bersedia untuk memberi sokongan kepada Abdullah dalam usaha melakukan beberapa inisiatif dan memberi isyarat mereka bersedia menyokong Abdullah untuk terus menjadi Perana Menteri.
Secara umumnya juga rang undang SRPM itu disokong oleh pembangkang dan mengalu-alukan agar Abdullah terus memegang Perdana Menteri. Keadaan ini agar kontra dengan ahli Parlimen Kerajaan yang menyokong dan memberi tahniah kepada Abdullah tetapi tidak seorang pun meminta agar Abdullah mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri!
Jelas di sini ahli Parlimen BN menerima pelan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Mohd Najib Razak seperti mana dirancangkan pada Mac depan dan mereka rata-rata bersikap munafik dalam menyatakan sokongan berkenaan. MSO
Malaysiakini :Rasuah: Sidang Dewan Rakyat panas
Husam Musa : Pembangkang sokong SPRM dengan syarat
Secara umumnya juga rang undang SRPM itu disokong oleh pembangkang dan mengalu-alukan agar Abdullah terus memegang Perdana Menteri. Keadaan ini agar kontra dengan ahli Parlimen Kerajaan yang menyokong dan memberi tahniah kepada Abdullah tetapi tidak seorang pun meminta agar Abdullah mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri!
Jelas di sini ahli Parlimen BN menerima pelan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Mohd Najib Razak seperti mana dirancangkan pada Mac depan dan mereka rata-rata bersikap munafik dalam menyatakan sokongan berkenaan. MSO
Malaysiakini :Rasuah: Sidang Dewan Rakyat panas
Husam Musa : Pembangkang sokong SPRM dengan syarat
3 comments:
bodoh! yang munafik tu orang-orang PAS. kejap kerajaan islam lepas tu kerajaan kebajikan. kata perjuangkan ketuanan islam tapi masuk pakatan rakyat yang memperjuangkan ketuanan rakyat. PAS MUNAFIK!!!!! bersekongkol dengan kafirun, maaf bukan sekongkol lagi tapi dah bersatu dah. sampai nak wujudkan dewan kafirun dalam PAS. PAS ini sebenarnya parti apa? perjuangkan apa? suka hati pak lah nak serahkan kat najib atau tidak. apa kaitan dengan pembangkang-pembangkang mangkuk ni. macam azizah serah permatang pauh kat anwar, suka hati dia lah. kalau nak bandingkan azizah dengan anwar lebih baik azizah sebab tak ada skandal langsung tak macam anwar ada skandal liwat atau homoseks, azizah tak ada skandal lesbian pun. kenapa pakatan rakyat tak nak kekal azizah yang jauh lebih mulia dari anwar.
Salam Anon....
Jangan marah-marah.... kerajaan berkebajikan itu bukan ke saranan agama Islam. Kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat. Islam kan suruh kita berbuat baik dan tolong menolong sesama insan tak kira bangsa dan agama. So... apa masalahnya.
To A Mum $ others
Jangan kau layan mereka2 yang berselindung nama anonymous ni kebanyakan catatan mereka2 ni mcm orang BANGANG, pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.Aku dah malas nak layan dah....
Post a Comment