29 December 2008

Nik Aziz: Sampai masanya hudud di terima - Malaysiakini

Kuala Terengganu – Suatu masa nanti, akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud dan Qisas.

“Tak apalah, akan sampai masanya, kita tanam ubi kalau ubi setela kan, ubi keledek ni tiga bulan boleh makan, tapi kalau tanam kelapa sepuluh tahun boleh makan,

“projek besar kita tengok, Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, nabi Muhammad 23 tahun, saya ni dua puluh tahun doh, pelik apa kalau lambat sikit,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.

Beliau berkata setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalahsebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

”Kita tak boleh beri pahala, pahala mari dari Allah, Allah berikan siapa yang ikhlas kepada dia (baca ayat Quran) berabdi dengan penuh ikhlas kalau abdi tidak ikhlas tak boleh pahala,

“UMNO awal-awal lagi tolak Islam, ambil kebangsaan, sudahlah begitu dia lawan pulak PAS parti yang terang-terang sebut al-Quran dan Hadis, macamana boleh pahala,

“Sebab itu dia bagi duit, dia ganti dengan duit, ganti duit dengan pahala,”katanya ketika menjelaskan kenyataan dalam ucapannya dalam majlis tersebut yang menegaskan bahawa paa pengundi yang mengundi PAS akan diberi ganjaran pahala.

Sehubungan dengan itu beliau berkata tidak ada sebab bagi orang-orang Melayu Islam mengundi calun UMNO kerana UMNO terlalu banyak kelemahan dan tidak patut wujud.

“Tentulah (UMNO beri duit untuk minta sokongan), kalau tak beri duit kerana apa nak sokong dia, (buat) pembangunan, PAS boleh buat pembangunan, Pakatan Rakyat boleh buat pembangunan, nak jaga Melayu, dia jaga PAS lebih jaga lagi, kerana PAS ni jaga (Melayu) dari dunia sampai akhirat,

“UMNO dia tolak Islam, dia tak sampai akhirat, dia jaga setakat dunia sahaja, ini kelemahan-kelemahan UMNO, dia tak patut wujud atas muka dunia ni,”kata beliau yang turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Keyakinan beliau adalah berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakinmeningkat kepada PAS kini berbanding dengan beberapa tahun lalu.

”Tentulah (menang), kalau menang kita boleh dua, pahala pun dapat, negeri kita memerintah, kalau tak menang, kita dapat pahala, tak apa tak rugi (baca ayat Quran) hei orang kafir, mu nak tunggu apa kami, tunggu satu daripada dua baik, kalau kita menang AlhamduliLlah, negeri kita perintah, kalau kita tak

menang, kita boleh pahala tak apa lah tahun depan kita dapat lain,”

“benda-benda hok (yang) PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima, dulu, ni cerita (pasal) Hudud lah kan, terima Hudud, dulu usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima, sekarang ni Melayu PAS pun terima, Melayu UMNO banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,”katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan.

“Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calun PAS, usahkan orang PAS, UMNO pun saya minta untuk sokong (calun PAS),”tambahnya

2 comments:

Anonymous said...

betul ker PAS parti yang perjuangkan ISLAM. kalau perjuangkan Islam kenapa bersekongkol dengan kafir (DAP), bukan sekongkol lagi tapi nak buat hudud pun kena mintak izin dari DAP bukan mintak izin dari ALLAH SWT. DAP tuhan PAS ker??? PAS bersama dengan pakatan rakyat yang perjuangkan Ketuanan Rakyat bukan Ketuanan Islam macam mana boleh mengaku pejuang islam. ketuanan rakyat berbeza dengan ketuanan melayu yang ada sekarang dan yang dipertahankan oleh umno iaitu Islam agama rasmi, raja melayu, bahasa melayu dan istimewa melayu. ketuanan rakyat adalah untuk ratakan 4 perkara ni, itu sebab DAP masuk pakatan rakyat kerana pejuangan pakatan rakyat sama dengan pejuangan DAP. tapi peliknya kenapa PAS masuk pakatan rakyat kalau PAS pejuangkan Islam. PAS sebenarnya bukan pejuangkan Islam tapi penghancur Islam di malaysia kerana pas bersama dengan pakatan rakyat yang berjuang untuk ratakan 4 perkara tu dan salah satunya adalah Islam agama rasmi malaysia. kalau islam bukan agama rasmi malaysia dan semua agama di malaysia sama bukan kata nak buat hudud nak pakai tudung kat sekolah pun tak boleh, sama macam kat singapore lah. kalau PAS benar-benar pejuang Islam dan letakkan ketuanan Islam di depan maka Pas patut keluar dari pakatan rakyat dan berdiri sendiri. tapi masalahnya PAS ni pondan bukan pejuang. PAS bukan takut pada ALLAH SWT tapi takut pada DAP.

bungaraya said...

Ini UMNOpun tahu. Apabila semua okey. Tak ada masalah besar yang memungkinkan akan memalukan kita orang-orang islam, insyallah, UMNO sendiri akan melaksanakan hukum hududu di Malaysia. Tak perlu kehadiran PAS. Mereka hanya parti yang mengancau sahaja. Menggunakan islam demi kepentingan sempit mereka.
Hanya UMNO yang boleh melaksanakan hukum hududu di Malaysia. PAS cuba buat di Kelantan...gagal. PAS cuba buat diTrengganu juga gagal. Sekali UMNO buat kelak, PAS akan mengacau kerana matlamat mereka bukan nak laksanakan hududu tapi tak mau UMNO yang menjayakannya. Fikir-fikirkan lah.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese