15 December 2008

Mohamad Sabu minta Jerit ke Kuala Terengganu - Malaysiakini


AKTIVIS Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dijemput untuk meneruskan kempen berbasikal ke seluruh negara untuk menuntut perubahan supaya datang ke Kuala Terengganu bagi mengedarkan statistik jenayah di negara ini.

Menurut Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, kempen berkenaan harus dipanjangkan ke Kuala Terengganu yang kebetulan akan menghadapi pilihan raya kecil pada bulan hadapan.

“Edarkan kepada rakyat Kuala Terengganu yang akan menghadapi pilihan raya kecil berapa banyak kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan termasuk kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kes penculikan dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, kes rompakan mikrocip RM50 juta di Zon Perdagangan Bebas Batu Maung, kes kehilangan dadah dalam simpanan polis Johor dan semua kes yang tidak selesai yang mungkin memaksa kita menunggu sehingga kucing bertanduk untuk melihat kes-kes itu diselesaikan,” kata beliau dalam akhbar online, HarakahDaily.

Beliau berkata sedemian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar yang menyatakan polis akan menyiasat dalang atau penaja kempen berbasikal yang bertemakan ‘Rakyat Pengayuh Perubahan’ itu.

Dalam kenyataannya, Ismail berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menganjurkan perarakan tanpa permit tersebut, walaupun mereka merupakan ahli politik.

“Aktiviti ini secara tidak langsung terdapat elemen yang melanggar undang-undang negara kita kerana terdapat perhimpunan, perjumpaan dan perarakan tanpa permit,” katanya. - SK

Malaysiakini : 28 aktivis Jerit diizin teruskan kayuhan

Malaysiakini.tv : Kohila: We have been in existence since 2002

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese