12 December 2008

Kuala Terengganu: Senarai Pendek Calon PAS... - Malaysiakini

Pas Pertaruhkan Siapa?

KALAU BN ada tiga hingga lima calon untuk diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 6 Januari depan, Pas pula ada tiga calon yang menjadi sebutan dan sandaran untuk merampas kerusi berkenaan. Di sini saya tidak bercadang untuk mengulas dan menganalisa calon-calon BN, dan hanya akan menyorot calon-calon Pas sahaja.

Tiga nama disebut-sebut akan diletakkan oleh Pas, ialah Naib Presiden, Mohamad Sabu yang juga calon Pas di kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali dan seorang ahli perniagaan Prof Khazani Abdullah.

Ketiga calon ini realtifnya berbeza antara satu sama lain. Mohamad Sabu dikenali sebagai pekerja parti yang lantang dan rajin di dalam Pas. Pekerja yang pandai mengulas isu dan membuat humor ketika bersyarah. Beliau juga menjadi daya penarik kepada majlis ceramah Pas.

Kerana kehebatan itu beliau saya sifatkan sebagai calon berlabel nasional. Mustafa Ali pula pemimpin veteran dalam Pas yang berpengalaman. Saya namakan sebagai pekerja lama parti. Manakala Khazani tokoh muda Pas yang masih belum dikenali calon amatur dan harapan masa depan. Pekerja baru parti.

Walaupun Pas Terengganu tidak ‘kasik’ calon dan masih ada serangkaian calon lain, seperti Wan Mutalib Embong, Abu Bakar Chik dan lain-lain, tetapi itulah tiga nama yang dikira akan disenaraipendekkan oleh Pas Terengganu untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama.

Rasanya elok juga untuk melihat populariti calon-calon berkenaan berdasarkan poll yang dibuat oleh beberapa portal berita dan juga blog persendirian termasuk blog saya. Perbandingan ini hanya tertumpukan kepada dua nama saja, Mohamad Sabu dan Mustafa Ali kerana Khazani tidak disenaraikan dalam mana-mana poll.

Ada empat orang nama yang disenaraikan dalam poll berkenaan, iaitu Mohamad Sabu, Mustafa Ali, Wan Mutalib Embong dan Syed Azman Syed Ahmad. Jelas sekali dari segi popular menurut poll-poll itu, Mohamad Sabu menjadi pilihan utama berbanding dengan Mustafa Ali.

Misalnya poll yang dibuat oleh KL.Pos yang dikutip jam 11:00 pagi ini (11 Disember 2008) Mohamad Sabu mendapat sokongan sebanyak 89%, Mustafa 4% dan Wan Mutalib sebanyak 7%.
Manakala poll dari blog pinkturtle pula yang dikutip pada waktu sama daripada 430 pengundi, sebanyak 68% atau 291 undian diberikan kepada Mohamad Sabu, Syed Azman 27% atau 115 undian, Wan Mutalib dan Mustafa masing-masing 3% atau kira-kira 11-13 undi saja.

Poll dari blog saya pula yang dikutip pada masa sama, daripada 216 pengundi Mohamad Sabu menerima 122 undian atau 56%, Syed Azman 43 undi atau 19%, Wan Mutalib menerima 6 undi atau 2% dan Mustafa menerima 21 undi atau 9%. Saya turut meletakkan pilihan ‘calon-calon lain’ yang menerima 24 undi atau 11%.

Saya mengagakkan mereka yang membuat pengundian menerusi poll dalam ketiga blogpoll itu Mohamad Sabu menjadi calon popular dengan mengatasi calon-calon lain dari ketiga poll berkenaan. ...lagi @ untuk memberi komen / respons
, sila ke: Merah Tinta.
Artikel berkaitan sebelum ini :
Mustafa Ali Lebih Baik Daripada Mat Sabu

1 comment:

Anak Perelih said...

kalau ikut ahli PAS KT.. sapa pun tak kisah bertanding... tapi PRK ni melibatkan semua org... so kena tengok sama apa org atas pagar dan yg lain berfikir tentang calon... Saya ingat orang yang menetap di KT lebih baik....

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese