05 December 2008

Kuala Terengganu: PR bersama hadapi dakyah BN - Malaysiakini

Kuala Terengganu - PAS Terengganu kini bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang bakal diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jumaat ini.(Gambar - satu majlis penerangan bersama kaum China dalam PRU 12 yang lalu)

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata PAS Terengganu sudah mengatur 1000 majlis penerangan termasuk ceramah, forum, dialog dan sebagainya.
.
“Kita (PAS) kini sudah bersiap sedia pada bila-bila masa untuk menyertai Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dan meletakkan sasaran 1000 majlis penerangan akan diadakan dalam tempoh berkempen,
.
“Kita (PAS) akan aturkan pelbagai majlis termasuk ceramah besar, kecil dan kelompok, forum, dialog dan pertemuan dengan pengundi mengunggunakan pelbagai media ,” ujarnya selepas Mesyuarat Khas Lajnah Penerangan PAS Terengganu di Pejabat PAS negeri, dekat sini, hari ini.
.
Beliau berkata jentera penerangan PAS di semua peringkat bagi kawasan parlimen Kuala Terengganu akan digerakkan bagi memberikan penjelasan dan menjawab tohmahan UMNO dan Barisan Nasional.

Katanya UMNO dan Barisan Nasional sebagaimana yang pernah dilakukan dalam pilihanraya yang diadakan sebelum ini, akan menggunakan kemudahan media cetak dan elektronik yang dikuasai parti tersebut.

Selain itu, menurut beliau UMNO dan Barisan Nasional juga akan menggunakan jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan untuk menyalurkan ‘propaganda’ kepada para pengundi.

Namun, kata beliau, PAS bersama sokongan jentera penerangan dari parti-parti dalam Pakatan Rakyat akan menggunakan ‘media rakyat’ yang akan menyampaikan maklumat dari pintu ke pintu rumah pengundi.

“UMNO dan Barisan Nasional bergantung kepada media cetak dan elektronik, televisyen, radio dan suratkhabar yang dikuasainya, selain menggunakan jabatan dan agensi kerajaan sebagaimana amalan mereka dalam pilihanraya lalu,

“PAS bersama rakan-rakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan bersama menghadapi dakyah dan propaganda UMNO/BN,”katanya.
Kelmarin, Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokratik (DAP), cawangan Kampung China Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata DAP sedia mengerahkan jenteranya sepanjang kempen pilihan raya kali ini.

Buletinonline dimaklumkan DAP akan menurunkan seramai 200 pemimpin pelbagai peringkat untuk membantu kempen PAS.

Selain itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR sebagaimana dimaklumkan oleh Pengarah Pilihanraya, Fariz Musa akan memberikan sokongan tenaga AMK semaksima mungkin bagi memastikan PRK Kuala Terengganu dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

1 comment:

Totalcare said...

Rakyat Malaysia bebas untuk menentukan calon yang benar-benar jujur dan mampu untuk mewakili mereka.

Kalau calon wakil rakyat itu tidak ada kualiti memimpin, cuma tahu bising sana-sini dengan sifat racist, lebih baik jangan pilih mereka, tak kisah PR or BN. Kita perlu pemimpin yang boleh bawa bangsa Malaysia menghadapi dunia luar, bukannya pemimpin yang jadi jaguh kampung yang tahu melaga-laga orang-orang melayu dengan cina dengan india dan lain.lain.

Sebab yang dapat lihat sekarang semua pemimpin yang ada banyakannya jaguh kampung. TANYA DIRI SENDIRI DI MANA MALAYSIA POSISI DI DUNIA KALAU DIBANDINGKAN DENGAN SINGAPORE.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese