Majlis pelancaran gerak kerja Piliahn raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas Kuala Ibai, semalam.
AlHusseyn : Ketahuilah , pendapat dan kenyataan seorang Tuan Guru seperti Nik Aziz itu adalah lebih bernilai dan bermakna dari seratus manusia seperti Azman.
Azman menolak cadangan Tuan Guru itu dengan alasan Mat Sabu adalah orang luar dan berpandukan kepada analisis yang telah dilakukannya bahawa faktor orang luar menyebabkan jumlah undi yang diperolehi tidak memberansangkan.Benarkah begitu?
Ada pendapat yang menyatakan kekalahan Mat Sabu adalah kerana undi post
Saya harap Azman dan proksinya dapat mencontohi para sahabat golongan Ansar yang dapat menerima Muhammad , orang luar dari Mekah untuk menjadi pemimpin di Medinah.Tidak timbul orang luar atau tempatan.
Wakil Parlimen tidak seperti Adun yang hanya lebih berkisar kepada masalah tempatan.manusia seperti Mat Sabu sudah teruji kewibawaannya .Kita mahukan orang sepertinya di Parlimen.
Jangan lupa bahawa peranan Mat Sabu menggerakan perhimpunan Aman BERSIH dahulu merupakan antara faktor penting kebangkitan rakyat hingga mencetuskan gelombang tsunami yang meranapkan beberapa kerajaan negeri BN dan munculnya Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini di lima buah negeri.
Dimana "ramai calon muda yang berketerampilan , yang mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan dan 'anak tempatan' berumur awal 40-an, berkelulusan doktor falsafah Ph.D" (seperti yang Azman katakan) berada ketika itu?
Azman tidak akan secelupar itu kalau tidak ada dalang besar dibelakangnya.Siapa dalang itu?
Zolkharnain Abidin : Saya menyokong pemuda Terengganu bahawa calon PRK Kuala Terengganu hendaklah orang muda dan anak tempatan. Kalau ada kelulusan dan ada pula gelaran akademik di hadapan nama lebih bagus. Itu adalah nilai tambah.
Alasan saya:
PAS perlu mendahului Umno dalam melayani golongan intelek muda.
PAS tidak boleh dilihat seperti ketandusan tenaga.
PAS perlu mencipta kelainan dengan penampilan calon baru.
Kalau PAS menang dengan calon baru dan muda, terbukti PAS memang kuat
Hamirdin Ithnin : Assalamualaikum
Pada penilaian saya calon untuk PRK KT tinggal dua orang sahaja untuk bertarung.
1. Mustapaha Ali- out, takkan pj nak promosi diri sendiri. Lagi pun recently dah beberapa kali fumble
2. Wan Mutalib Embong - out, krisma tiada untuk meraih kemenangan
3. Khazani -out, langsung tak layak
yang tinggal
(a) Mat Sabu (b) Dr. Syed Azman
Pendapat anda?
untuk memberi komen / respons, sila ke, hamirdin
Hamirdin Ithnin : Assalamualaikum
Pada penilaian saya calon untuk PRK KT tinggal dua orang sahaja untuk bertarung.
1. Mustapaha Ali- out, takkan pj nak promosi diri sendiri. Lagi pun recently dah beberapa kali fumble
2. Wan Mutalib Embong - out, krisma tiada untuk meraih kemenangan
3. Khazani -out, langsung tak layak
yang tinggal
(a) Mat Sabu (b) Dr. Syed Azman
Pendapat anda?
untuk memberi komen / respons, sila ke, hamirdin
2 comments:
jangan jadi batu api la...
orang tak kecoh...dia pulak yang sebok2
Mohammad Sabu.
PKR & DAP must influence PAS to field Mohammad Sabu.
Plus, next time, DAP must get "Bandar"
Post a Comment