12 December 2008

Kuala Terengganu: Cadangan Pemuda No Comment - Malaysiakini

Kuala Terengganu - Cadangan Dewan Pemuda PAS untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak mendapat sebarang komen dari pimpinan PAS Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Mustafa Ali berkata belum ada nama-nama yang disenarai pendek bagi calon PRK Kuala Terengganu.

Ketika ditanya pihak media minggu lalu, beliau berkata PAS Terengganu telah mengarahkan PAS Kawasan Kuala Terengganu untuk mendapatkan maklum balas dari cawangan-cawangan di seluruh kawasan tersebut bagi menentukan cadangan yang akan dibawa kepada pihak PAS Pusat.

"Kriteria calon adalah individu yang boleh membawa kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya tersebut,"katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu enggan memberikan sebarang komen terhadap cadangan yang telah dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Beliau yang ditemui pada program korban Cawangan Bukit Kubang Jambu hanya berkata cadangan untuk calon-calon bagi PRK Kuala Terengganu 'dalam proses'.

"Saya tak mahu komen apa-apa tentang cadangan Pemuda, kita (PAS Kuala Terengganu) sedang mendapatkan maklumbalas PAS cawangan-cawangan,"katanya kepada Buletinonline.

Bagaimanapun menurutnya PAS Kuala Terengganu telahpun mengadakan mesyuarat bagi menggerakkan jentera pilihanraya diperingkat masing-masing dan semua jentera di peringkat DUN dan Unit Peti Undi telah di gerakkan.

Buletinonline difahamkan, nama yang telah disenarai pendekkan oleh PAS Terengganu akan dibawa kepada PAS Pusat sebelum 21 Disember 2008.- buletinonline

1 comment:

. said...

Saya faham kalau semua orang susah nak komen mengenai calon :)

Saya telah membuat analisis mengenai impak pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu ini ke atas PAS dan UMNO. Dijemput saudara membacanya di http://nobisha.blogspot.com Tajuk: UMNO, PAS HANCUR KALAU KALAH DI P36 KUALA TERENGGANU

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese