18 December 2008

Kasino Di Bukit Antarabangsa - Malaysiakini


Pahangdaily : Satu berita gempar yang telah kami perolehi yang kini dikatakan menjadi kaitan utama dalam kes ini. Jika dulu runtuhan di Highlands Tower dikaitkan dengan satu "parti liar" yang diadakan oleh salah sebuah rumah penghuni terbabit. Kini mungkinkah satu lagi "Bala Allah" menimpa?. Menurut satu maklumat yang dilaporkan oleh seorang penghuni bertaraf "Datuk" di situ. Kemungkinan besar apa yang berlaku ini adalah kemurkaan Allah kepada umat manusia. Ini kerana, sebelum kejadian terdapat sebuah rumah di kawasan terbabit telah dijadikan Pusat Perjudian Kasino ala Genting Highlands di situ. Kami cuba menjejaki rumah terbabit iaitu yang berlamat di No.5, Jalan Bukit Antarabangsa (berdasarkan kepada peta pihak polis). Laporan mengatakan, pemilik kediaman terbabit ialah berbangsa Cina yang dikenali sebagai Mr.Ng dan pusat perjudian ala kasino itu memiliki 20 buah mesin Jackpot. Rumah terbabit dibina agak kukuh kerana "besi cerucuk" yang ditanam adalah lebih dalam daripada yang lain. Dindingnya juga diperbuat dari kaca. Menurut kisahnya, walaupun baru dibuka kasino itu sudah mengaut keuntungan hampir RM10 juta. Dan senantiasa dikunjungi oleh beberapa orang kenamaan termasuk orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Perkara ini gagal dipantau dan diambil tindakan oleh para penduduk kerana terdapatnya unsur rasuah dalam projek itu. Mungkin rasuah melibatkan orang dalam di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan juga pihak polis sendiri.

Buktinya, apabila terdapat beberapa orang penduduk yang mahu melaporkan perkara ini kepada pihak polis di tapak kejadian runtuh terbabit, mereka telah dihalang dan pihak polis tidak mahu menerima laporan berkenaan. Justeru itu, terbukti bahawa mereka juga terlibat dengan projek ini. Penduduk berkenaan mengatakan ketika kejadian tanah runtuh berlaku, memang operasi perjudian di kasino rumah itu sedang rancak berjalan. Ketika tanah runtuh dan dalam keadaan kecoh, maka orang ramai bertempiaran lari mereka mendengar laporan Tokey Kasino terbabit telah kehilangan berutas-utas jam Rolex. Ini amat mengecewekan beliau, dan beliau juga percaya wang berjuta yang terdapat dirumah itu juga telah dilarikan. Kami mendapat maklumat, sebelah siangnya ada beberapa orang penduduk yang ingin menyerbu rumah terbabit. Namun telah dihalang oleh pihak polis. Justeru itu, kami amat yakin bahawa operasi perjudian tersebut didalangi oleh pihai-pihak yang berkepentingan. Perkara ini perlu didedahkan demi kebenaran. Rakyat di Bukit Antarabangsa perlu tahu bahawa, pihak berkuasa yang menjadi talibarut operasi sebegitu dibenarkan di kawasan mereka. Maka akhirnya kemurkaan Allah diturunkan dikawasan terbabit. Semua penduduk akhirnya menerima padah akibat kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. Semoga pihak berkenaan mengambil ikhtibar atas segala yang berlaku, ingatlah kemurkaan Allah bakal mengatasi segalanya.

Lagi Bukit Antarabangsa...
Malaysiakini : MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bkt A'bangsa

10 comments:

Anonymous said...

ada bukti tak?

Anonymous said...

Alhamdulillah... Kesah seperti ini akan belaku dimana2 bumi bertuah Malaysia, tapi sedar tak orang Melayu yang bernama PM/KM/Sultan atau lebih besar iaitu Agong. Nak dapat untung dari cukai judi,lulus lesen seperti sportoto.Magnum 4D dan lesen judilain.Yang kebanyakan orang melayu yang gila nak kaya oleh judi ini, sedarkah Ketuanan Melayu Islam kita.Siapa yg lebih kuasa dapat tutup permis yang berkeliaran di bandar2.Ingat!Ulamak
pun sama main peranan tegur pembesar kita,jgn kutubah/ceramah di masjid/surau sahaja.Mohon kpd Duli yg dipertuan Agong tahun 1430H/2009M hentikan semua permis judi Sportoto/Magnun4D/ dan yang lain ditutup. Sekian.mzb

Anonymous said...

Ha ha ha! Isy Ish isy!!! bodoh nya kau orang ini. Bila berlaku yang buruk..cepat saja buat kesimpulan.Aduhai banyak lagi angkara berlaku oleh orang Islam sendiri....Bunuh sana , bom sana, bom sini.... bala itu siapalah yang tau siapa punya angkara. Orang makan rasuah...buat kerja tak senonoh...benda lain yang dikaitkan.
Bila tsunami kena..semua kau orang kata sebab tempat terlibat salah akhlak..tapi yang kena teruk Indonesia (90% Muslim!). Pergi tenguk Dubai..bertapa mewah keadaan kat sana ...macam macam ada.Tak ada bala pulak. kenapa orang Arab Istimewa ke?
Kau ornag keluar dari tempurung buruk kau, lihat keadaan sekitar... Kalau Tuhan bertindak serat merta dah lama politic UMNO dah kena Bala besar.....Jangan hanya nak libatkan Tuhan kau. Fikir apa manusia buat. Bila berlaku baik tak pulak kata sebab Tuhan. Naik gaji 30-40% sebab BN. Bila tanah runtuh sebab tak betul buat kerja..rasuah...Tapi kesimpulan kau- bala dari Tuhan. Bila orang mati dipijak masa tunaikan haji...bala? Ada orang judikat situ ke?
Pandainya kau orang nilah. Malaysia dan Melayu pasti MAJU kalau macam inilah otak kau orang!!

Anonymous said...

begitulah minda melayu, bila kena sesuatu malapetaka salahkan itu ini,ini bukan caranya nak suruh umat takut kepada allah,kalau nak kata tanah runtuh pasal ada kasino lagi baik genting highland runtuh terus....

Obefiend Weiland said...
This comment has been removed by the author.
Obefiend Weiland said...

bukti tiada

sebagai seorang manusia saya begitu offended dengan berita tanpa bukti ini

kenapa orang islam sahaja yang suka sangat guna kesusahan orang untuk buat morality tale? ada rumah terbakar pastu kata balasan dia tak bayar zakat

dan ingat.. hanya orang islam melayu sahaja yang suka sebarkan berita sebegini

semasa 911 aku banyak terima morality tales dari USA. instead of telling that those who died are sinner they tell it from a different point of view?

how did the christ lovers do it?

for example they have this story of a guy who went back home because he forgot to wear his crucifix that day, the delay save him from entering WTC just before the two planes struck. his crucifix saved him from death so to speak

thats how the kaffirs write their stories. to show jesus spared his life.

but if 911 happened to Menara KLCC the story that will come out from a malay muslim will go something like this;

"ada seorang hamba allah jumpa harta berlonggok di tapak KLCC. harta pemimpin umno yang bathil. KLCC roboh kerana kemurkaan allah. bertaubatlah"

or something to that effect

i love islam because it is the religion of peace and tolerence. but some people in islam, like you mr blog owner prokjected the image that ALLAH is vengeful,petty, angry and always punishing his hambas with impunity.

why do you think people move away from islam this past few years? why so many murtads? because islam in malaysia fail to show that islam is beautiful and progressive.

all we get is petty PAS members writing stories like this or banning concerts.

please..

i am using my real name because i am not a coward. because i love this religion. because i hate people spreading lies and using ALLAH and ISLAMS name as a crutch to make the story sound credible

maaf menulis dalam bahasa inggeris. saya kurang bagus menulis dalam bahasa ibunda. tapi saya harap tuan paham kenapa saya kesal dengan tulisan sebegini

yang benar

hamba allah yang banyak dosanya. cuma mahu menegur.

Nik Faris said...

im gonna have to go with obefiend with this one.

ive seen too many craps to believe any. especially this kind of posts. and what do u get out of all this anyway?

Anonymous said...

tak boleh main pukul rata buat kesimpulan encik, iskkk dah la tak ada bukti..

dugaan tuhan bukan semestinya tuhan murka atau benci kepada kita, ianya mungkin utk menguji keimanan dan kesabaran kita. Carilah hikmah disebalik kejadian bukannya menyebar fitnah.

-fadzli

dueng said...

hadis atau ayat quran yang lebih kurang bermaksud begini:

"dan apabila disampaikan sesuatu berita kepada kamu, hendaklah kamu selidiki dahulu......"

janganlah kita berfikiran jumud. islam tak ajar kita untuk telan bulat2 semua benda kita dengar. akhir zaman ni, fitnah datang dengan besarnya.

Clothes Indulgence said...

And I have to go with Obefiend and Nik Faris on this too. From the little that I know, I'm convinced that no religion proposes anything along the lines of hatred, fear, vengeance, etc. Islam, neither. Like every other, Islam proposes peace and harmony, correct me if I'm wrong. It's sad to have believers who portray Islam in such a manner. I have my utmost respect for the religion but I do not blame people who disrespect it either, well you can tell why. These sort of rumors need to stop. Seriously.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese