KUALA LUMPUR - Parti Progresif Rakyat (PPP) akan keluar dari Barisan Nasional (BN) jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang, kata Presiden parti, Dato' M Kayveas.
"Sebagai parti yang bertanggungjawab, saya memberitahu mereka, 'mari kita lakukan separuh jalan' dan minta pindaan terhadap akta itu supaya ia tidak menjadi undang-undang kejam ke atas warganegara yang tidak bersalah," katanya dipetik Mstar Online ketika upacara pembukaan pemilihan Pemuda dan Wanita, di sini.
Beliau menambah, jika BN serius dalam usaha mereka untuk menjenama semula maka ISA perlu dipinda.
"BN harus membuat perubahan sebelum pilhan raya umum seterusnya. Ia boleh 'membunuh' jika kita tidak merancang untuk menghadapi pilihan raya seterusnya.
"Masalah mengenai BN adalah kejayaannya sejak 50 tahun lalu. Kejayaan adalah pengajar yang teruk. Ia mempengaruhi orang yang bijak untuk berfikir yang mereka tidak akan kalah.
"Pilihan raya Mac lalu telah menunjukkan apa yang dimahukan pengundi dalam urus tadbir yang baik dan kepelbagaian kaum.
"BN telah melakukan pelbagai post-mortem di pelbagai peringkat untuk mendapatkan maklumat berhubung apa yang tidak kena dan mengapa pengundi menolak BN.
Malaysiakini : Kayveas' ultimatum - amend ISA or we quit BN
1 comment:
Malaysia adalah milik kita semua, tinggallah politik perkauman dan menuju ke politik Malaysia yang perlu kerjasama tanpa pilih kasih. Rakyat perlu pemimpin yang jujur and bersih.
Kalau PPP cuma ikut cara GERAKAN, yang hanya tahu bising nak keluar BN tapi tidak keluar. Apa ni. Kita rakyat bukan bodoh lagi, ini generasi baru. Generasi digital dan berpendidikan.
Kita membaca dan dengar dan membanding semua issue, Lakonan-lakonan palsu hanya membuat Rakyat benci.
Kalau PPP berani cakap, mesti berani ambil keputusan.
Post a Comment